Malaysia legislation

Section 54

of *AKTA KUMPULAN WANG SIMPANAN PEKERJA 1991

Seksyen 54

(a)

ahli Kumpulan Wang itu telah meninggal dunia;

(b)

(Dipotong oleh Akta A1300);

(c)

ahli Kumpulan Wang itu tidak berupaya dari segi fizikal atau mental untuk bekerja; atau

(d)

(Dipotong oleh Akta A1123);

78 Undang-Undang Malaysia AKTA 452

(e)

ahli Kumpulan Wang itu bukan seorang warganegara

Malaysia dan dia akan meninggalkan Malaysia.

(1A)

Tertakluk pada apa-apa peraturan-peraturan dan kaedah-kaedah yang dibuat di bawah Akta ini, bagi maksud perenggan 54(1)(a), mana-mana ahli Kumpulan Wang boleh membuat penamaan bagi maksud pembayaran kredit selepas kematian ahli itu.

(2)

(Dipotong oleh Akta A1300).

(3)

(Dipotong oleh Akta A1300).

(4)

Seseorang ahli Kumpulan Wang yang, sebelum 1 Ogos 1995, telah membuat pengeluaran kesemua jumlah wang yang ada pada kreditnya dalam Kumpulan Wang atas alasan bahawa dia hendak meninggalkan Malaysia tanpa niat untuk kembali ke Malaysia atau dia hendak bermastautin di Republik Singapura hendaklah dianggap sebagai pekerja di bawah Akta ini jika dia memberikan suatu notis kepada

Lembaga dan majikannya mengikut cara yang ditetapkan oleh Lembaga mengenai niatnya untuk mencarum kepada Kumpulan Wang.

(4A)

(Dipotong oleh Akta A1300).

(5)

(Dipotong oleh Akta A1300).

(6)

Walau apa pun subseksyen (1) dan tertakluk pada subseksyen 59(2), Lembaga boleh membenarkan permohonan seseorang ahli Kumpulan Wang untuk mengeluarkan sebahagian daripada amaun yang ada pada kreditnya mengikut apa-apa terma dan syarat yang ditetapkan oleh Lembaga jika Lembaga berpuas hati bahawa—

(a)

ahli Kumpulan Wang itu telah mencapai umur lima puluh tahun;

(b)

ahli Kumpulan Wang itu telah membeli atau membina rumah;

Kumpulan Wang Simpanan Pekerja 79

(ba) ahli Kumpulan Wang itu telah menjual rumah yang dibeli atau dibinanya dengan menggunakan pengeluaran di bawah perenggan (b) dan kemudiannya dia telah membeli atau membina rumah yang lain;

(c)

ahli Kumpulan Wang itu telah membeli atau membina rumah dan telah mengambil pinjaman di bawah perenggan 26(1)(f)

untuk pembelian atau pembinaan rumah itu;

(d)

ahli Kumpulan Wang itu telah membeli atau membina rumah dan telah mengambil pinjaman dan rumah itu telah digadaikan sebagai cagaran untuk pinjaman itu;

(da) ahli Kumpulan Wang itu telah menjual rumah yang telah digadaikan sebagai cagaran bagi pinjaman di bawah perenggan (d) dan dia kemudiannya telah membeli atau membina rumah yang lain dan telah mengambil pinjaman lain dan rumah baru itu telah digadaikan sebagai cagaran bagi pinjaman lain itu;

(e)

ahli Kumpulan Wang itu tidak mengambil pinjaman untuk membeli atau membina rumah tetapi isteri atau suami ahli

Kumpulan Wang itu telah membeli atau membina rumah dan telah mengambil pinjaman dan rumah itu telah digadaikan sebagai cagaran untuk pinjaman itu;

(f)

ahli Kumpulan Wang itu atau mana-mana orang lain yang diluluskan oleh

Lembaga memerlukan pembiayaan perubatan;

(g)

ahli Kumpulan Wang itu memerlukan pembiayaan untuk pengajian tinggi bagi dirinya sendiri atau bagi anaknya;

(ga) ahli Kumpulan Wang itu yang beragama Islam telah menerima surat tawaran daripada Lembaga Tabung Haji untuk menunaikan haji dan memerlukan pembiayaan bagi menampung kos menunaikan haji;

(h)

(Dipotong oleh Akta A1190);

80 Undang-Undang Malaysia AKTA 452

(i)

ahli Kumpulan Wang itu mempunyai kredit yang melebihi satu juta ringgit dalam akaunnya; dan

(j)

ahli Kumpulan Wang itu mengambil suatu polisi insurans atau sijil takaful, sebagaimana yang ditentukan oleh

Lembaga daripada suatu syarikat insurans atau takaful yang diluluskan oleh Menteri tertakluk pada apa-apa terma dan syarat yang difikirkannya sesuai, bagi dirinya sendiri, atau dirinya sendiri dan mana-mana orang lain yang diluluskan oleh Lembaga.

(k)

(Dipotong oleh P.U. (A) 151/2022);

(l)

(Dipotong oleh P.U. (A) 151/2022);

(m)

(Dipotong oleh P.U. (A) 151/2022); dan

(n)

(Dipotong oleh P.U. (A) 151/2022).

(7)

Walau apa pun subseksyen 54(6), Menteri boleh, jika difikirkannya suai manfaat dan selepas berunding dengan Lembaga, melalui perintah yang disiarkan dalam Warta, menambah, mengubah atau mengubahsuaikan maksud yang baginya seseorang ahli

Kumpulan

Wang boleh membuat pengeluaran di bawah subseksyen (6).

Pembayaran dividen mengikut apa-apa cara sebagaimana yang ditentukan oleh Lembaga