Malaysia legislation
Section 54C
Seksyen 54C
(2)
Walau apa pun subseksyen (1), Lembaga boleh membenarkan seseorang ahli Kumpulan Wang yang merupakan seorang pekerja berpencen yang belum mencapai umur lima puluh lima tahun untuk mengeluarkan kesemua atau sebahagian daripada jumlah wang yang ada pada kreditnya atas apa-apa terma dan syarat yang ditetapkan oleh Lembaga jika Lembaga berpuas hati bahawa ahli Kumpulan
Wang itu telah dikehendaki untuk bersara atau telah memilih untuk
82 Undang-Undang Malaysia AKTA 452
bersara di bawah seksyen 10, 11, 12 dan 12A Akta Pencen 1980
[Akta 227] atau seksyen 10, 11, 12 dan 13 Akta Pencen Pihak-Pihak
Berkuasa Berkanun dan Tempatan 1980 [Akta 239].
(2A)
Seseorang ahli Kumpulan Wang yang telah membuat apa-apa pengeluaran di bawah subseksyen (1) atau (2) tidak boleh membuat apa-apa pengeluaran lain di bawah subseksyen yang sama.
(3)
(Dipotong oleh Akta A1504).
(4)
Bagi maksud subseksyen (2), “sebahagian daripada jumlah wang yang ada pada kreditnya” ertinya amaun wang yang ada pada kredit ahli Kumpulan Wang itu sehingga tarikh apabila pemberitahuan bertulis mengenai persaraan ahli itu yang diterima oleh Lembaga di bawah seksyen 56 mula berkuat kuasa.