Seksyen 1
(2)
Akta ini mula berkuat kuasa pada tarikh yang ditetapkan oleh Menteri melalui pemberitahuan dalam Warta.
Pindaan seksyen 2
/akn/my/act/amendment_act/2012/A1445
The full official text, structured for quick navigation. Copy any provision or jump straight to a section.
Quick answer
AKTA KESELAMATAN SOSIAL PEKERJA (PINDAAN) 2012 is Malaysia Amendment Act, cited as Amendment Act A1445 2012, currently marked in force and first recorded in 2012.
Opening note
Akta ini mula berkuat kuasa pada tarikh yang ditetapkan oleh Menteri melalui pemberitahuan dalam Warta.
Pindaan seksyen 2
Akta Keselamatan Sosial Pekerja 1969 [Akta 4], yang disebut
dengan memasukkan sebelum perkataan ‘“pekerja”’
perkataan “Tertakluk kepada seksyen 3,”;
dengan menggantikan koma di hujung subperenggan (iii)
dengan koma bernoktah; dan
dengan memotong perkataan “akan tetapi tidak termasuk seseorang yang diperihalkan dalam Jadual Pertama;”.
UNDANG-UNDANG malaysia
Akta A1445
AKTA keselamatan sosial pekerja
(pindaan) 2012
Undang-Undang Malaysia 4
Akta A1445
Pindaan seksyen 3
“Akta ibu” dalam Akta ini, dipinda dalam subseksyen 2(5)—
Seksyen 3 Akta ibu dipinda dengan memasukkan selepas subseksyen (2) subseksyen yang berikut:
“(3) Akta ini tidak terpakai bagi orang yang diperihalkan dalam Jadual Pertama.
Menteri boleh, melalui perintah yang disiarkan dalam
Warta, meminda Jadual Pertama.”.
Pindaan am
Seksyen 15, 20a dan 29 Akta ibu dipinda dengan menggantikan perkataan “55” di mana-mana jua terdapat dengan perkataan “enam puluh”.
Pindaan seksyen 17
Subseksyen 17(1) Akta ibu dipinda dengan menggantikan perkataan “berumur genap lima puluh lima tahun” dengan perkataan
“telah mencapai umur enam puluh tahun”.
Pindaan seksyen 21
Subseksyen 21(3) Akta ibu dipinda dengan menggantikan perkataan “genap umur lima puluh lima tahun” dengan perkataan
“mencapai umur enam puluh tahun”.
Pindaan seksyen 30
Kadar elaun layanan sentiasa yang akan ditetapkan di bawah seksyen 30 Akta ibu sebagaimana yang dipinda dalam subseksyen (1)
tidak boleh menyebabkan keadaan yang tidak kurang baiknya kepada orang berinsurans yang telah berhak mendapat elaun
Keselamatan Sosial Pekerja (Pindaan)
5
layanan sentiasa pada kadar yang sama banyaknya dengan empat puluh peratus kadar pencen atau faedah itu atau pada apa-apa kadar yang lebih tinggi sebagaimana yang ditetapkan oleh Menteri menurut seksyen 30 sebelum pindaan seksyen 30 Akta ibu dalam subseksyen (1) mula berkuat kuasa.
Pindaan seksyen 57a
Perenggan 57a(c) Akta ibu dipinda dengan menggantikan perkataan “lima puluh lima” dengan perkataan “enam puluh”.
Seksyen baru 112a
seksyen yang berikut:
“Penyerahan dokumen secara elektronik 112a. (1) Tertakluk kepada subseksyen (2), Pertubuhan boleh membenarkan apa-apa penyata, penyataan, butiran, rekod, notis, laporan, daftar atau dokumen lain yang dikehendaki untuk diserahkan atau dikemukakan di bawah Akta ini atau peraturan-peraturan yang dibuat di bawah Akta ini melalui perantara elektronik atau secara penyampaian elektronik.
Syarat dan spesifikasi yang di bawahnya sesuatu penyata, penyataan, butiran, rekod, notis, laporan, daftar atau dokumen lain yang disebut dalam subseksyen (1) hendaklah diserahkan atau dikemukakan hendaklah sebagaimana yang ditentukan oleh Pertubuhan.
Penyata, penyataan, butiran, rekod, notis, laporan, daftar atau dokumen lain yang disebut dalam subseksyen (1)
hendaklah disifatkan telah diserahkan atau dikemukakan oleh seseorang kepada Pertubuhan pada tarikh pengakuterimaan dokumen itu disampaikan secara elektronik oleh Pertubuhan kepada orang itu.
Pengakuterimaan oleh Pertubuhan, penyata, penyataan, butiran, rekod, notis, laporan, daftar atau dokumen lain yang diserah atau dikemukakan menurut subseksyen (3) hendaklah diterima sebagai keterangan dalam mana-mana prosiding.”.
Undang-Undang Malaysia 6
Akta A1445
Pindaan Jadual Pertama
Jadual Pertama Akta ibu dipinda—
dengan menggantikan perkataan “[Seksyen 2]” yang terdapat dalam kepala Jadual Pertama dengan perkataan
“[Seksyen 3]”;
dalam subperenggan 12(i), dengan menggantikan perkataan
“lima puluh” di mana-mana jua terdapat dengan perkataan
“lima puluh lima”;
dalam subperenggan 12(ii), dengan menggantikan perkataan
“lima puluh lima” dengan perkataan “enam puluh”;
dan
Jadual Kelapan Akta ibu dipinda dalam perenggan 2, 3 dan 6 dengan menggantikan perkataan “lima puluh lima” di mana-mana jua terdapat dengan perkataan “enam puluh”.
Kesan menaikkan had umur yang layak orang berinsurans daripada lima puluh lima tahun kepada enam puluh tahun
Tertakluk kepada Akta ibu, pada tarikh yang ditetapkan—
orang berinsurans yang telah mencapai umur lima puluh lima tahun tetapi belum mencapai umur enam puluh tahun layak mendapat pencen ilat kecuali dalam keadaan di bawah subseksyen (3) dan (4);
mana-mana orang tanggungan bagi orang berinsurans yang mati apabila mencapai apa-apa umur daripada lima puluh lima hingga umur enam puluh tahun layak mendapat pencen penakat kecuali dalam keadaan di bawah subseksyen (5) dan (6);
Keselamatan Sosial Pekerja (Pindaan)
hendaklah kena dibayar berkenaan dengan orang berinsurans yang disebut dalam perenggan (a) caruman jenis kedua pada kadar yang dinyatakan dalam Jadual Ketiga Akta ibu; dan
hendaklah kena dibayar berkenaan dengan orang berinsurans yang belum mencapai umur lima puluh lima tahun caruman jenis pertama pada kadar yang dinyatakan dalam Jadual
Ketiga Akta ibu.
Orang berinsurans yang berkenaan dengannya caruman jenis pertama kena dibayar tidak layak mendapat pencen ilat jika—
dia diperakui sebagai ilat apabila mencapai umur lima puluh lima tahun sebelum tarikh yang ditetapkan; atau
dia diperakui sebagai ilat apabila mencapai umur enam puluh tahun sama ada pada atau selepas tarikh yang ditetapkan.
Orang berinsurans tidak layak mendapat pencen ilat jika dia diperakui sebagai ilat apabila mencapai umur lima puluh lima tahun sama ada pada atau selepas tarikh yang ditetapkan, dan dia diambil kerja hanya apabila mencapai umur lima puluh tahun dan jika tiada caruman jenis pertama kena dibayar berkenaan dengannya.
Orang tanggungan bagi orang berinsurans yang berkenaan dengannya caruman jenis pertama kena dibayar tidak layak mendapat pencen penakat jika—
orang berinsurans itu mati apabila mencapai umur lima puluh lima tahun sebelum tarikh yang ditetapkan; atau
orang berinsurans itu mati apabila mencapai umur enam puluh tahun sama ada pada atau selepas tarikh yang ditetapkan.
Orang tanggungan bagi orang berinsurans tidak layak mendapat pencen penakat jika—
orang berinsurans itu mati apabila mencapai umur lima puluh lima tahun sama ada pada atau selepas tarikh yang ditetapkan; dan
orang berinsurans itu diambil kerja hanya apabila mencapai umur lima puluh tahun dan jika tiada caruman jenis pertama kena dibayar berkenaan dengannya.