Malaysia legislation
Section 18
Seksyen 18
KADAR CARUMAN
(a)
dengan menggantikan perenggan 1 dengan perenggan yang berikut:
“1. (1) Kadar harian faedah adalah seperti yang berikut:
(a)
bagi hilang upaya sementara, suatu amaun yang sama banyaknya dengan lapan puluh peratus gaji harian purata anggapan bagi bencana kerja dan bukan bencana kerja dengan syarat bagi bukan bencana kerja—
(i)
suatu amaun yang sama banyaknya dengan empat puluh lapan peratus gaji harian purata anggapan bagi
Fasa Pertama;
(ii)
suatu amaun yang sama banyaknya dengan enam puluh empat peratus gaji harian purata anggapan bagi
Fasa Kedua; dan
(iii)
suatu amaun yang sama banyaknya dengan lapan puluh peratus gaji harian purata anggapan bagi Fasa Ketiga; dan
(b)
bagi hilang upaya langsung yang kekal, suatu amaun yang sama banyaknya dengan sembilan puluh peratus gaji harian purata anggapan bagi bencana kerja dan bukan bencana kerja dengan syarat bagi bukan bencana kerja—
(i)
suatu amaun yang sama banyaknya dengan lima puluh empat peratus gaji harian purata anggapan bagi
Fasa Pertama;
(ii)
suatu amaun yang sama banyaknya dengan tujuh puluh dua peratus gaji harian purata anggapan bagi
Fasa Kedua; dan
Undang-Undang Malaysia 36
Akta A1788
(iii)
suatu amaun yang sama banyaknya dengan sembilan puluh peratus gaji harian purata anggapan bagi
Fasa Ketiga.
(2)
Bagi maksud perenggan ini, “gaji harian purata anggapan” ertinya gaji harian purata anggapan seorang orang berinsurans yang mendapat bencana kerja dan bukan bencana kerja yang mengakibatkan hilang upaya tersebut.”;
(b)
dalam perenggan 3, dengan memasukkan selepas perkataan
“bencana kerja” perkataan “atau bukan bencana kerja”;
(c)
dalam perenggan 4, dengan menggantikan Jadual dengan jadual yang berikut:
“ (1)
Bil.
(2)
Gaji bulanan yang sebenar bagi bulan itu
(3)
Fasa Pertama
(4)
Fasa Kedua
(5)
Fasa Ketiga
(6)
Gaji bulanan anggapan yang bersamaan bagi bulan itu
Kategori
Pertama
Kategori
Kedua
Kategori
Pertama
Kategori
Kedua
Kategori
Pertama
Kategori
Kedua 1.
Gaji hingga
RM30 70 sen 50 sen 75 sen 55 sen 80 sen 60 sen
RM20