Malaysia legislation
Section 22
Seksyen 22
INSTRUMEN KEWANGAN
Objektif dan polisi pengurusan risiko kewangan
Pendedahan kepada risiko hutang berlaku dalam urusniaga biasa Kumpulan. Ahli Lembaga
Pengarah menyemak dan meluluskan polisi untuk menguruskan risiko ini sebagaimana tersenarai di bawah:
(a)
Risiko hutang
Pihak pengurusan mempunyai polisi kredit dan pendedahan Kumpulan kepada risiko ini diawasi dari semasa ke semasa.
Penilaian ke atas kemampuan berhutang dilakukan ke atas semua pelanggan yang memerlukan hutang untuk sesuatu jangka masa.
(b)
Risiko kos kewangan
Pembiayaan Kumpulan adalah berdasarkan prinsip Syariah di mana margin keuntungannya adalah tetap di sepanjang tempoh pembiayaan
(c)
Nilai saksama
Instrumen kewangan diiktiraf
Bagi tunai dan bersamaan tunai, penghutang perniagaan dan pelbagai penghutang, pemiutang perniagaan dan pelbagai pemiutang, nilai dibawa adalah hampir sama dengan nilai saksama disebabkan oleh instrumen kewangan ini bersifat jangka pendek.