Malaysia legislation

Section 2

of ENAKMEN PENTADBIRAN AGAMA ISLAM

Seksyen 2

Dasar-dasar perakaunan penting

(a)

Asas perakaunan

Penyata kewangan Kumpulan dan MAIM telah disediakan mengikut kehendak-kehendak

Akta Syarikat 1965 dan Badan Berkanun 1980 diubahsuai mengikut Tatacara Kewangan dan Amalan Terbaik Pengurusan Kewangan Majlis dan selaras dengan Piawaian Laporan

Entiti Persendirian Malaysia (“MPERS”).

Piawaian perakaunan yang dinyatakan di bawah telah diguna pakai secara konsisten sepanjang tempoh kewangan yang dinyatakan dalam penyata kewangan ini, dan telah diguna pakai secara konsisten oleh entiti-entiti dalam Kumpulan, melainkan dinyatakan sebaliknya. Beberapa jumlah perbandingan telah diklasifikasi semula supaya selaras dengan pembentangan tahun semasa.

(i)

Asas Penyata Kewangan

Penyata kewangan Kumpulan dan MAIM telah disediakan di bawah konvensyen kos sejarah, melainkan jika ia dinyatakan sebaliknya di dalam penyata kewangan ini.

(ii)

Matawang fungsian

Penyata kewangan ini dinyatakan dalam Ringgit Malaysia (RM), iaitu matawang fungsian Kumpulan dan MAIM.

Kumpulan

Majlis Agama Islam

Melaka

2019 2018 2018 2019 2018

(Dinyatakan semula)

[15hb April 2021 576

(iii)

Penggunaan anggaran dan pertimbangan

Penyediaan penyata kewangan ini memerlukan pihak pengurusan membuat beberapa pertimbangan, anggaran dan andaian yang memberi kesan kepada aplikasi polisi perakaunan dan amaun yang dilaporkan bagi aset, liabiliti, pendapatan dan perbelanjaan. Keputusan sebenar barangkali berbeza daripada anggaran berkaitan.

Anggaran dan andaian asas adalah dikaji secara berterusan. Pindaan kepada anggaran perakaunan adalah diiktiraf dalam tempoh di mana anggaran tersebut dipinda dan dalam mana-mana tempoh akan datang yang terlibat.

(b)

Asas penyatuan

Syarikat subsidiari adalah syarikat-syarikat di bawah kawalan MAIM. Kawalan wujud apabila MAIM mempunyai kuasa, secara langsung atau tidak langsung, untuk menentukan polisi-polisi kewangan dan operasi sesebuah syarikat dengan tujuan untuk mendapat faedah daripada aktiviti syarikat tersebut.

Penyata kewangan syarikat subsidiari diambil kira ke dalam penyata kewangan yang disatukan bermula dari tarikh berkuat kuasa kawalan sehingga ke tarikh berkuat kuasa kawalan berakhir. Syarikat subsidiari disatukan dengan menggunakan kaedah perakaunan untuk pengambilalihan.

Sesebuah syarikat subsidiari dikeluarkan dari penyatuan apabila kawalan hanya untuk sementara waktu jika syarikat subsidiari itu diambilalih dan dipegang secara eksklusif dengan tujuan untuk dijual pada masa hadapan yang terdekat dan tidak disatukan sebelumnya atau ia beroperasi di bawah halangan jangka panjang yang menjejaskan dengan ketara keupayaannya untuk memindahkan dana kepada syarikat. Syarikat subsidiari yang dikeluarkan berdasarkan alasan ini diambil kira sebagai pelaburan.

Perbezaan di antara kos pengambilalihan dan nilai saksama aset bersih syarikat subsidiari ini dikira sebagai muhibah atau rizab penyatuan, mana-mana yang bersesuaian.

Section 2 — ENAKMEN PENTADBIRAN AGAMA ISLAM | mylaw.my