Jadual
JADUAL
FATWA MENGENAI PENERBITAN TERJEMAHAN AL-QURAN
TANPA TEKS AL-QURAN
Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Pulau Pinang Bil. 5/2017 telah membincangkan mengenai isu Penerbitan Terjemahan Al-Quran Tanpa Teks
Al-Quran dan memutuskan seperti yang berikut:
terjemahan makna ayat-ayat al-Quran dalam penulisan seperti buku agama, akhbar, jurnal, majalah, dan seumpamanya tanpa disertakan bersama teks asal al-Quran dalam Bahasa Arab adalah diharuskan. Terjemahan tersebut adalah satu bentuk penafsiran makna ayat-ayat dalam al-Quran, dan penafsiran ayat-ayat al-Quran adalah diharuskan secara kesepakatan ulama;
terjemahan ayat-ayat al-Quran dalam bentuk seperti ini juga adalah sebagai keterangan dan penghujahan terhadap apa yang terkandung di dalam penulisan, dan bukannya termasuk ia adalah kalam Allah yang dibaca.
Justeru, tidak ada halangan dari sudut syarak untuk membawa terjemahan ayat-ayat al-Quran dalam penulisan tanpa disertakan teks asal ayat al-Quran;
walau bagaimanapun adalah lebih digalakkan untuk menyertakan sekali teks asal al-Quran yang dalam Bahasa Arab kecuali jika dibimbangi ia akan mencemarkan kemuliaan dan kesucian ayat-ayat al-Quran, seperti penulisan di dalam buku-buku agama, surat khabar, jurnal, majalah atau seumpama dengannya;
manakala penerbitan dan pengedaran terjemahan al-Quran tanpa teks asal al-Quran, mesyuarat telah meneliti hujah-hujah dan pandangan seperti berikut:
dalam kitab Manahil al-‘Irfan dinyatakan:
Maksudnya: “Dalam penterjemahan al-Quran dengan pengertian ini (terjemah makna/tafsir) ke dalam apa jua bahasa, wajib ditulis ayat-ayat al-Quran” (al-Zurqani, t.t.: 2/134);
313 14hb Mac 2019]
dalam kitab al-Tafsir wa al-Mufassirun, pengarangnya menyebut bahawa antara syarat-syarat penterjemahan al-Quran ialah:
Maksudnya: “Hendaklah ditulis al-Quran terlebih dahulu, kemudian dibawakan tafsirannya, kemudian diikuti dengan terjemahannya secara tafsir” (Muhammad Hussain al-Zahabi, t.t.: 1/24);
kewujudan suatu buku terjemahan al-Quran tanpa teks asal al-Quran akan membawa kepada anggapan bahawa buku tersebut adalah al-Quran yang merupakan kalam Allah, tetapi dalam
Bahasa Arab dan bersifat maksum iaitu terpelihara daripada segala kekurangan dan kesilapan;
kewujudan buku terjemahan al-Quran tanpa teks al-Quran boleh membawa fahaman kepada orang awam bahawa membaca buku terjemahan al-Quran tersebut sebagai bacaan seperti membaca al-Quran. Sedangkan membaca al-Quran selain Bahasa Arab adalah tidak dibenarkan.
Al-Nawawi menyebut:
Maksudnya: “Dalam mazhab kita (Shafi’i) tidak harus membaca al-Quran dalam bahasa selain Bahasa Arab, sama ada seseorang itu mampu berbahasa Arab atau tidak mampu, dan sama ada di dalam sembahyang atau pun di luar sembahyang” (Al-Nawawi, t.t.: 3/379);
membaca terjemahan al-Quran tanpa disertakan dengan teks asal al-Quran akan mendorong masyarakat awam meninggalkan daripada membaca teks asal al-Quran.
sehubungan dengan itu, berasaskan kepada pertimbangan antara maslahah dan mafsadah dalam isu ini, mesyuarat berpandangan sisi mafsadah lebih terserlah, maka mesyuarat memutuskan bahawa penerbitan dan pengedaran terjemahan al-Quran tanpa teks asal al-Quran adalah dilarang.
Bertarikh 20 Disember 2018
[JMNPP/(S)/19/1101/002(33); PUNPP 352/100/1/2/EA/1 Jld. 5]
DATO’ SERI DR. WAN SALIM BIN WAN MOHD. NOOR
Mufti Kerajaan Negeri
Pulau Pinang
314
[14hb Mac 2019
ADMINISTRATION OF THE RELIGION OF ISLAM
(STATE OF PENANG) ENACTMENT 2004
FATWA UNDER SECTION 48
In exercise of the powers conferred by section 48 of the Administration of the Religion of Islam (State of Penang) Enactment 2004 [Enactment 2], on the assent of the Yang di-Pertuan Agong, the Fatwa Committee for the State of Penang, makes the fatwa as set out in the Schedule.