Jadual
JADUAL
FATWA MENGENAI PEMBINAAN MASJID DARI DANA LOTERI
KEBAJIKAN MASYARAKAT DAN SOLAT DI DALAMNYA
Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Pulau Pinang Bil. 6/2017 telah membincangkan mengenai isu Pembinaan Masjid Dari Dana Loteri Kebajikan
Masyarakat Dan Solat Di Dalamnya dan memutuskan seperti yang berikut:
setelah meneliti keterangan serta hujah dan dalil yang dinyatakan, maka mesyuarat memutuskan bahawa hukum membina masjid daripada sumber yang haram seperti Dana Loteri Kebajikan Masyarakat adalah haram.
Manakala solat di masjid tersebut adalah sah dan memperolehi pahala, in shaa Allah.
walau bagaimanapun, masjid yang sudah dibina daripada sumber yang haram adalah harus digunakan seperti masjid-masjid yang lain. Ini berdasarkan kaedah:
Maksudnya: “Dimaafkan (diampunkan) pada penerusan apa yang tidak dimaafkan (diampunkan) pada permulaan”.
(Al-Qawaid al-Fiqhiyah wa Tadbiqatuha fi al-Mazahib al-Arba’ah,
Dr. Muhammad Mustafa al-Zahaili); dan
wang daripada sumber haram atau tidak patuh syariah yang hendak dibersihkan, apabila pelakunya telah bertaubat, mestilah disalurkan kepada maslahah orang Islam seperti pembinaan jambatan, pondok, masjid, jalan raya, sekolah, hospital dan seumpamanya. Jika tidak boleh maka disalurkan kepada orang-orang fakir dan miskin di kalangan orang Islam.
Hasil haram yang telah disalurkan tersebut, adalah halal dan baik bagi golongan tersebut.
Bertarikh 20 Disember 2018
[JMNPP/(S)/19/1101/002(33); PUNPP 352/100/1/2/EA/1 Jld. 5]
DATO’ SERI DR. WAN SALIM BIN WAN MOHD. NOOR
Mufti Kerajaan Negeri
Pulau Pinang
319 14hb Mac 2019]
ADMINISTRATION OF THE RELIGION OF ISLAM
(STATE OF PENANG) ENACTMENT 2004
FATWA UNDER SECTION 48
In exercise of the powers conferred by section 48 of the Administration of the Religion of Islam (State of Penang) Enactment 2004 [Enactment 2], on the assent of the Yang di-Pertuan Agong, the Fatwa Committee for the State of Penang, makes the fatwa as set out in the Schedule.