Malaysia legislation
Section 25
Seksyen 25
INSTRUMEN KEWANGAN
Objektif dan polisi pengurusan risiko kewangan
Pendedahan kepada risiko hutang berlaku dalam urusniaga biasa Kumpulan. Ahli Lembaga
Pengarah menyemak dan meluluskan polisi untuk menguruskan risiko ini sebagaimana tersenarai di bawah:
[13hb Feb. 2020 340
(a)
Risiko hutang
Pihak pengurusan mempunyai polisi kredit dan pendedahan Kumpulan kepada risiko ini diawasi dari masa ke semasa.
Penilaian ke atas kemampuan berhutang dilakukan ke atas semua pelanggan yang memerlukan hutang untuk sesuatu jangka masa.
Pada tarikh lembaran imbangan, tiada tumpuan tertentu kepada risiko hutang. Pendedahan maksimum risiko hutang dibentangkan dalam lembaran imbangan pada nilai dibawa setiap aset kewangan tersebut.
(b)
Risiko kos kewangan
Pembiayaan Kumpulan adalah berdasarkan prinsip Syariah di mana margin keuntungannya adalah tetap di sepanjang tempoh pembiayaan.
(c)
Nilai saksama
Instrumen kewangan diiktiraf
Bagi tunai dan bersamaan tunai, penghutang perniagaan dan pelbagai penghutang, pemiutang perniagaan dan pelbagai pemiutang, nilai dibawa adalah hampir sama dengan nilai saksama disebabkan oleh instrumen kewangan ini bersifat jangka pendek.