Malaysia legislation
Section 2
Seksyen 2
Dalam Akta ini, melainkan jika konteksnya menghendaki makna yang lain—
“Akta ini” termasuklah apa-apa perundangan subsidiari yang dibuat di bawah Akta ini;
“audit tenaga” ertinya suatu penilaian sistematik dan objektif mengenai keperluan, penggunaan dan kecekapan tenaga;
“bangunan” ertinya apa-apa bangunan atau premis di mana tenaga digunakan termasuk bangunan atau premis yang dibina atau digunakan bagi maksud kediaman, institusi, komersial atau industri;
“ditetapkan” ertinya ditetapkan oleh Menteri melalui peraturan-peraturan yang dibuat di bawah Akta ini;
“garis panduan” ertinya garis panduan yang dikeluarkan oleh
Suruhanjaya di bawah seksyen 67;
“institusi latihan berdaftar” ertinya apa-apa institusi latihan yang didaftarkan dan memegang suatu perakuan amalan yang sah di bawah Akta ini;
“intensiti tenaga” ertinya penunjuk kecekapan tenaga;
“juruaudit tenaga” ertinya seseorang yang menjalankan audit tenaga;
“juruaudit tenaga berdaftar” ertinya mana-mana juruaudit tenaga yang didaftarkan dan memegang suatu perakuan amalan yang sah di bawah Akta ini;
“kecekapan tenaga” ertinya kecekapan dalam penggunaan tenaga atau sumber tenaga yang menghasilkan peningkatan dalam faedah bersih setiap unit tenaga;
“label intensiti tenaga” ertinya suatu label intensiti tenaga yang dikeluarkan di bawah seksyen 10;
Kecekapan dan Konservasi Tenaga 9
“Menteri” ertinya Menteri yang pada masa ini dipertanggungkan dengan tanggungjawab bagi perkara-perkara yang berhubungan dengan pembekalan elektrik;
“orang yang bertanggungjawab bagi bangunan” ertinya pemunya sesuatu bangunan atau mana-mana orang lain yang menjaga, mengurus atau mengawal sesuatu bangunan;
“pegawai diberi kuasa” ertinya mana-mana pegawai Suruhanjaya yang diberi kuasa secara bertulis oleh Menteri di bawah seksyen 41;
“penarafan kecekapan tenaga” ertinya penarafan kecekapan tenaga bagi sesuatu bangunan yang ditunjukkan melalui penarafan bintang;
“pengguna tenaga” ertinya seseorang yang, bagi maksud menjalankan aktiviti, perniagaan atau perdagangannya, dibekalkan dengan tenaga atau sumber tenaga dan menggunakan tenaga atau sumber tenaga yang dibekalkan itu;
“pengilang” ertinya seseorang pengilang yang mengilang apa-apa produk menggunakan tenaga;
“pengilang berdaftar” ertinya mana-mana pengilang yang didaftarkan di bawah Bahagian V;
“pengimport” ertinya seseorang pengimport yang mengimport apa-apa produk menggunakan tenaga;
“pengimport berdaftar” ertinya mana-mana pengimport yang didaftarkan di bawah Bahagian V;
“pengurus tenaga” ertinya seseorang yang mengurus kecekapan dan konservasi tenaga bagi seseorang pengguna tenaga;
“pengurus tenaga berdaftar” ertinya mana-mana pengurus tenaga yang didaftarkan dan memegang suatu perakuan amalan yang sah di bawah Akta ini;
“perakuan kecekapan tenaga” ertinya perakuan kecekapan tenaga yang dikeluarkan berkenaan dengan suatu kelas produk menggunakan tenaga;
Undang-Undang Malaysia 10
Akta 861
“produk menggunakan tenaga” ertinya apa-apa kelengkapan, peranti, perkakas atau barang yang menggunakan tenaga atau sumber tenaga;
“sistem pengurusan tenaga” ertinya suatu set elemen yang berkait atau yang berinteraksi antara satu sama lain untuk mewujudkan dasar tenaga dan objektif tenaga, dan proses dan tatacara untuk mencapai objektif tenaga itu;
“standard prestasi tenaga minimum” ertinya spesifikasi tahap kecekapan tenaga yang minimum bagi suatu kelas produk menggunakan tenaga;
“sumber tenaga” ertinya sumber tenaga yang dinyatakan dalam