Malaysia legislation

Section 14

of *AKTA DUTI HIBURAN 1953

Seksyen 14

Pemungut atau mana-mana pegawai atau orang yang diberi kuasa untuk menjalankan kuasa untuk masuk atau menyiasat di bawah seksyen 13 boleh memasuki sesuatu tempat hiburan jika difikirkannya perlu dan dia mempunyai sebab untuk mempercayai bahawa suatu kesalahan terhadap Akta ini telah dilakukan dan boleh menggeledah tempat itu dan memeriksa mana-mana orang yang semunasabahnya dipercayai terlibat dalam pengurusan atau sebagai seorang pekhidmat atau ejen tuan punya tempat itu, dengan syarat bahawa tiada seorang pun perempuan boleh diperiksa kecuali oleh seorang perempuan.