Malaysia legislation
Section 9
Seksyen 9
Duti atas yuran dan tiket langganan
(a)
sebagai suatu yuran atau caruman kepada mana-mana kelab, persatuan atau pertubuhan;
(b)
untuk suatu tiket langganan; atau
(c)
untuk hak kemasukan ke suatu siri hiburan atau mana-mana hiburan dalam sesuatu tempoh tertentu, duti hiburan hendaklah dibayar atas apa-apa bahagian bayaran sekaligus itu yang, bersama dengan duti hiburan yang sesuai dengan bahagian itu, berjumlah pada agregatnya sebanyak bayaran sekaligus itu.
(2)
Jika Pemungut berpendapat bahawa pembayaran sesuatu bayaran sekaligus atau apa-apa bayaran untuk suatu tiket termasuk keistimewaan, hak atau maksud yang lain selain kemasukan ke suatu tempat hiburan atau meliputi kemasukan ke suatu hiburan dalam apa-apa tempoh yang baginya duti tidak dikenakan, duti hendaklah dikenakan atas apa-apa amaun yang didapati oleh Pemungut merupakan hak untuk kemasukan ke hiburan yang berkenaan dengannya duti hiburan kena bayar.
12
Undang-Undang Malaysia
(3)
Mana-mana orang yang terkilan dengan keputusan Pemungut di bawah subseksyen (2) hendaklah mempunyai hak untuk merayu yang sama sebagaimana yang dipunyai oleh seseorang yang terkilan di bawah subseksyen 5(2) dan subseksyen 5(3), (4) dan (6) hendaklah terpakai bagi apa-apa rayuan di bawah subseksyen ini.
Pengecualian daripada duti untuk khairat, dsb.