Malaysia legislation
Section 19
Seksyen 19
Seksyen baharu 19g
Akta ibu dipinda dengan memasukkan selepas seksyen 19f seksyen yang berikut:
“Mengimbangi pulangan cukai atau pemulangan balik terhadap amaun terhutang
Eksais (Pindaan)
17 19g. Walau apa pun apa-apa peruntukan Akta ini, jika mana-mana orang tidak membayar, keseluruhan atau sebahagian—
(a)
apa-apa amaun duti eksais, surcaj, penalti, fi atau apa-apa wang lain di bawah Akta ini;
(b)
apa-apa amaun duti kastam, surcaj, penalti, fi atau apa-apa wang lain di bawah Akta Kastam 1967;
(c)
apa-apa amaun cukai jualan yang genap masa dan kena dibayar, apa-apa surcaj terakru, atau apa-apa penalti atau apa-apa wang lain yang kena dibayar di bawah Akta Cukai Jualan 1972 [Akta 64];
(d)
apa-apa amaun cukai perkhidmatan yang genap masa dan kena dibayar, apa-apa surcaj terakru, atau apa-apa penalti atau apa-apa wang lain yang kena dibayar di bawah Akta Cukai Perkhidmatan 1975 [Akta 151];
(e)
apa-apa amaun cukai yang genap masa dan kena dibayar, apa-apa surcaj terakru, atau apa-apa penalti atau apa-apa wang lain yang kena dibayar di bawah
Akta Cukai Barang dan Perkhidmatan 2014 [Akta 762];
(f)
apa-apa amaun cukai jualan yang genap masa dan kena dibayar, apa-apa surcaj terakru, atau apa-apa penalti, fi atau apa-apa wang lain yang kena dibayar di bawah Akta Cukai Jualan 2018 [Akta 806]; atau
(g)
apa-apa amaun cukai perkhidmatan yang genap masa dan kena dibayar, apa-apa surcaj terakru, atau apa-apa penalti, fi atau apa-apa wang lain yang kena dibayar di bawah Akta Cukai Perkhidmatan 2018
[Akta 807],
Ketua Pengarah boleh mengimbangkan apa-apa amaun atau mana-mana bahagian amaun pulangan cukai atau pemulangan balik yang genap masa kepada orang itu terhadap amaun yang tidak dibayar yang disebut dalam perenggan (a), (b), (c),
(d)
, (e), (f) atau (g), dan Ketua Pengarah hendaklah mengira amaun yang diimbangkan sebagai pembayaran atau sebahagian daripada pembayaran yang diterima daripada orang itu.”.
Undang-Undang Malaysia 18
Akta A1594
Pindaan seksyen 20