Malaysia legislation

Section 27

of AKTA EKSAIS (PINDAAN) 2019

Seksyen 27

Penggantian seksyen 27a

Akta ibu dipinda dengan menggantikan seksyen 27a dengan seksyen yang berikut:

“Mendeposit barang-barang ke dalam gudang 27a.  (1)  Apabila tiba atau didaratkan, apa-apa barang-barang yang diimport hendaklah didepositkan di dalam suatu gudang berlesen selain gudang berlesen di bawah seksyen 25 atau di dalam suatu gudang atau mana-mana tempat lain yang diluluskan oleh Ketua Pengarah melainkan jika—

(a)

duti eksais yang kena dibayar, jika ada, telah dibayar;

(b)

barang-barang itu telah diluluskan bagi pergerakan dalam pemindahan dan pembayaran duti eksais digantung;

(c)

barang-barang itu telah diluluskan bagi pemindahankapal dan barang-barang itu untuk dimuatkan dengan segera ke vesel lain;

(d)

barang-barang itu diimport melalui pos;

(e)

barang-barang itu diimport melalui jalan raya atau melalui laut yang tiada gudang berlesen atau gudang atau tempat lain yang diluluskan oleh Ketua Pengarah di tempat import itu; atau

(f)

barang-barang itu adalah barang persendirian dibawa oleh penumpang dalam apa-apa bagasi.

(2)

Jika difikirkan perlu oleh Ketua Pengarah bagi maksud kepentingan awam supaya barang-barang itu digudangkan,

Ketua Pengarah boleh menghendaki barang-barang itu didepositkan di dalam suatu gudang berlesen selain suatu gudang yang dilesenkan di bawah seksyen 25 atau di dalam suatu gudang atau tempat lain yang diluluskan oleh Ketua

Pengarah.

(3)

Barang-barang yang didepositkan di bawah subseksyen (2) hendaklah—

(a)

didepositkan atas perbelanjaan pemunya barang-barang itu;

Eksais (Pindaan)

(b)

disifatkan sebagai di bawah kawalan kastam; dan

(c)

tidak dikeluarkan kecuali dengan kebenaran pegawai kastam yang hak.

(4)

Subseksyen (1) tidak terpakai bagi barang-barang yang memasuki kawasan utama kastam melalui jalan raya, laut atau udara dari suatu zon bebas.

(5)

Walau apa pun subseksyen (4), barang-barang yang disebut dalam subseksyen (4) tidak boleh dilepaskan daripada kawalan kastam melainkan jika—

(a)

duti eksais yang kena dibayar, jika ada, telah dibayar;

atau

(b)

barang-barang itu telah diluluskan bagi pergerakan dalam pemindahan dan pembayaran duti eksais digantung.”.

Seksyen baharu 27ab