Malaysia legislation

Section 49

of AKTA EKSAIS (PINDAAN) 2019

Seksyen 49

Seksyen 56 Akta ibu dipinda—

(a)

dengan memasukkan selepas subseksyen (2)

subseksyen yang berikut:

“(2a)  Pegawai yang hak boleh mengambil atau menyebabkan diambil gambar dan cap jari dan ibu jari mana-mana orang yang ditangkap di bawah subseksyen (1).”;

(b)

dalam subseksyen (4), dengan menggantikan perkataan

“Tiap-tiap orang yang ditangkap sedemikian boleh dilepaskan daripada jagaan” dengan perkataan “Tertakluk kepada apa-apa syarat yang difikirkan patut oleh

Ketua Pengarah, tiap-tiap orang yang ditangkap sedemikian boleh dilepaskan daripada jagaan”; dan

Eksais (Pindaan)

(c)

dengan memasukkan selepas subseksyen (5)

subseksyen yang berikut:

“(6)  Jika seseorang yang ditangkap kerana sesuatu kesalahan di bawah Akta ini sedang menjalani hukuman pemenjaraan atau sedang ditahan di bawah mana-mana undang-undang yang berhubungan dengan tahanan pencegahan, atau selainnya berada dalam jagaan yang sah, dia hendaklah, apabila diperintahkan secara bertulis oleh seorang pegawai kanan eksais atau yang berpangkat lebih tinggi daripada Penolong Kanan

Pengarah, dikemukakan di hadapan pegawai itu atau di hadapan mana-mana pegawai kanan eksais lain bagi maksud penyiasatan, dan bagi maksud itu dia boleh diletakkan dalam jagaan sah selama tempoh yang tidak melebihi empat belas hari.

(7)

Seseorang yang ditahan dalam jagaan yang sah di bawah subseksyen (6) atau selainnya di bawah mana-mana undang-undang bertulis boleh—

(a)

pada bila-bila masa dibawa kepada seorang pegawai kanan eksais bagi maksud penyiasatan;

atau

(b)

dibawa ke mana-mana tempat lain bagi maksud penggeledahan tempat itu, atau penyitaan apa-apa barang-barang, atau mengenal pasti mana-mana orang bagi apa-apa maksud lain yang berhubungan dengan penyiasatan di bawah Akta ini.”.

Pindaan seksyen 61