Malaysia legislation
Section 57
Seksyen 57
Pindaan seksyen 67
(a)
dalam subseksyen (1), dengan menggantikan perkataan
“satu bulan kalendar dari tarikh” dengan perkataan
“tiga puluh hari dari tarikh notis”;
(b)
dengan menggantikan subseksyen (3) dengan subsekysen yang berikut:
“(3) Jika terdapat suatu tuntutan atau suatu permohonan bertulis yang dibuat dalam tempoh tiga puluh hari yang disebut dalam subseksyen (1) dan tiada pendakwaan dibuat mengenai barang-barang itu, pegawai kanan eksais itu hendaklah, pada tamatnya tempoh tiga puluh hari, merujuk tuntutan atau permohonan itu kepada
Ketua Pengarah.”; dan
(c)
dengan memasukkan selepas subseksyen (3)
subseksyen yang berikut:
“(3a) Apabila dirujuk oleh pegawai kanan eksais di bawah subseksyen (3), Ketua Pengarah boleh mengarahkan pegawai kanan eksais itu—
(a)
untuk melepaskan barang-barang itu atau hasil jualan barang-barang itu atau sekuriti yang diberikan di bawah perenggan 55(1)(a) atau
(b)
; atau
(b)
melalui pemakluman dalam borang yang ditetapkan, supaya merujuk perkara itu kepada
Majistret Kelas Satu untuk keputusannya.”.
Undang-Undang Malaysia 42
Akta A1594
Penggantian seksyen 69