Malaysia legislation
Section 10
Seksyen 10
Kesalahan berkenaan dengan melepaskan atau terlepas bahan tertentu
(a)
pemunya atau nakhoda vesel itu, jika dilepaskan atau terlepas dari sesebuah vesel;
(b)
pemunya atau penghuni tempat atas tanah, jika dilepaskan atau terlepas dari tanah;
(c)
pemunya atau orang yang bertanggungjawab mengenai pepasangan atau alat, jika dilepaskan atau terlepas dari pepasangan atau alat; atau
(d)
pemunya atau juruterbang pesawat udara, jika dilepaskan atau terlepas dari pesawat udara, adalah setiapnya melakukan suatu kesalahan dan boleh dikenakan denda tidak melebihi satu juta ringgit.
(2)
Jika perbuatan atau peninggalan seseorang selain mana-mana orang yang disebut dalam subseksyen (1) menyebabkan dilepaskan atau terlepas yang disebut dalam subseksyen itu, maka mana-mana orang lain itu adalah juga melakukan suatu kesalahan dan boleh dikenakan denda tidak melebihi satu juta ringgit.
(3)
Subseksyen (2) tidaklah boleh berkuat kuasa sebagai membebaskan atau meringankan orang yang disebut dalam subseksyen (1) daripada liabiliti mengenai suatu kesalahan di bawah subseksyen (1).
(4)
Walau apa pun peruntukan seksyen ini, membuang buangan atau bahan lain boleh dijalankan di bawah lesen yang dikeluarkan oleh Ketua Pengarah dan tertakluk kepada apa-apa syarat sebagaimana yang boleh dikenakannya.
Pembelaan terhadap pertuduhan di bawah seksyen 10