Malaysia legislation

Section 15

of *AKTA ZON EKONOMI EKSKLUSIF 1984

Seksyen 15

(2)

Ketua Pengarah boleh melepaskan mana-mana vesel yang ditahan di bawah subseksyen (1) apabila pemunya mendepositkan dengan Kerajaan apa-apa jumlah wang atau memberi sekuriti sebagaimana yang, pada pendapat Ketua Pengarah, adalah memadai bagi menampung segala kos dan perbelanjaan yang dikenakan dalam menjalankan kerja yang dikehendaki untuk memindahkan, menyelerakkan, memusnahkan atau memperbaiki kerosakan atau ancaman berlakunya kerosakan disebabkan oleh terlepasnya atau pelepasan tersebut.

(3)

Jika mana-mana vesel yang telah ditahan meneruskan perjalanan ke laut tanpa dilepaskan di bawah subseksyen (2), pemunya atau nakhoda vesel atau mana-mana orang lain yang menyebabkan vesel itu meneruskan perjalanan ke laut adalah melakukan suatu kesalahan dan boleh dikenakan denda tidak melebihi satu juta ringgit.

(4)

Jika pemunya atau nakhoda mana-mana vesel atau mana-mana orang lain yang didapati melakukan suatu kesalahan di bawah seksyen ini tidak dapat membayar denda atau kos dan perbelanjaan yang dikenakan dalam menjalankan kerja yang dikehendaki di bawah subseksyen 14(1), mahkamah boleh, atas permohonan Ketua

Pengarah, memerintahkan penjualan vesel tersebut dan pemakaian hasil penjualan untuk membayar denda dan kos dan perbelanjaan yang dikenakan.

20 Undang-Undang Malaysia AKTA 311