Malaysia legislation
Section 17
Seksyen 17
Kerajaan boleh enggan memberi persetujuannya kepada mana-mana Negara atau pertubuhan antarabangsa yang layak bagi menjalankan projek penyelidikan saintifik laut dalam zon ekonomi eksklusif atau pelantar benua jika ia mempunyai alasan bagi mempercayai bahawa projek itu—
(a)
bermakna secara langsung terhadap penjelajahan dan pengeksploitasian sumber alam, sama ada hidupan atau bukan hidupan;
(b)
melibatkan penggerudian ke dalam pelantar benua, penggunaan bahan letupan atau memasukkan pencemar ke dalam sekitar laut;
(c)
melibatkan pembinaan, perjalanan atau penggunaan pulau buatan, pepasangan atau struktur;
(d)
mengandungi maklumat yang disampaikan menurut seksyen 18 mengenai jenis dan tujuan projek yang tidak tepat atau jika Negara penyelidik atau pertubuhan
(c)
(d)
Zon Ekonomi Eksklusif 21
antarabangsa yang layak yang menyelidik mempunyai kewajipan belum ditunaikan kepada Malaysia daripada projek penyelidikan yang sebelumnya; atau
(e)
boleh mengganggu aktiviti yang dijalankan oleh Malaysia dalam menjalankan hak kedaulatan dan bidang kuasanya yang diperuntukkan di bawah Akta ini, mana-mana undang-undang bertulis yang terpakai atau undang-undang antarabangsa.
Kewajipan untuk membekalkan maklumat