Malaysia legislation

Section 18

of *AKTA ZON EKONOMI EKSKLUSIF 1984

Seksyen 18

Mana-mana Negara atau pertubuhan antarabangsa yang layak yang berniat untuk menjalankan penyelidikan saintifik laut dalam zon ekonomi eksklusif atau pelantar benua hendaklah, tidak kurang dari enam bulan terdahulu dari tarikh yang dijangkakan bermulanya projek penyelidikan saintifik laut, memberi kepada Kerajaan perihalan sepenuhnya mengenai—

(a)

jenis dan tujuan projek;

(b)

cara dan kaedah yang akan digunakan, termasuk nama, berat tan, jenis dan kelas vesel dan suatu perihalan peralatan saintifik;

(c)

kawasan yang tepat mengikut geografi dalam mana projek itu akan dijalankan;

(d)

tarikh yang dijangkakan mula datangnya dan perginya vesel penyelidikan atau pertukaran alat dan pengalihannya, sebagaimana berkenaan;

(e)

nama institusi yang menaja, pengarahnya dan orang yang bertanggungjawab mengenai projek itu; dan

(f)

setakat mana difikirkan yang Malaysia boleh mengambil bahagian atau diwakili dalam projek itu.

(b)

Paragraph

(c)

Paragraph

(d)

Paragraph

(e)

Paragraph

(f)

22 Undang-Undang Malaysia AKTA 311

Kewajipan mematuhi syarat tertentu