Malaysia legislation

Section 19

of *AKTA ZON EKONOMI EKSKLUSIF 1984

Seksyen 19

(a)

memastikan hak Kerajaan, jika ia berkehendakkan, untuk mengambil bahagian atau diwakili dalam projek penyelidikan saintifik laut, terutamanya atas vesel penyelidikan dan kapal lain atau pepasangan penyelidikan saintifik, apabila praktik, tanpa pembayaran apa-apa saraan kepada saintis Malaysia dan tanpa obligasi membuat sumbangan terhadap kos projek;

(b)

membekalkan Kerajaan dengan laporan permulaan, atas permintaannya, secepat yang dapat, dan keputusan muktamad dan kesimpulan selepas tamatnya penyelidikan itu;

(c)

mengaku janji untuk mengadakan akses untuk Kerajaan, atas permintaannya, kepada semua data dan contoh daripada projek dan begitu juga untuk membekalkannya dengan data yang boleh ditiru dan contoh yang boleh dibahagikan tanpa menjejaskan nilai saintifiknya;

(d)

jika diminta, membekalkan Kerajaan dengan nilaian data tersebut, contoh dan keputusan penyelidikan atau memberikan bantuan dalam nilaian atau tafsirannya;

(e)

memastikan, melainkan dinyatakan sebaliknya oleh

Kerajaan, bahawa keputusan penyelidikan boleh didapati melalui saluran yang berkenaan atau saluran antarabangsa, secepat yang dapat;

(f)

memberitahu Kerajaan dengan serta merta mengenai apa-apa perubahan besar dalam rancangan penyelidikan;

(a)

Paragraph

(b)

Paragraph

(c)

Paragraph

(f)

Zon Ekonomi Eksklusif 23

(g)

melainkan dipersetujui sebaliknya, mengalihkan pepasangan penyelidikan saintifik atau kelengkapan apabila sahaja tamat penyelidikan.

(2)

Seksyen ini adalah tanpa menjejaskan syarat yang diadakan oleh Kerajaan bagi penjalanan budi bicaranya untuk memberi atau menahan persetujuan menurut seksyen 16 atau 17, mengikut mana yang berkenaan, termasuk menghendaki perjanjian terdahulu sebelum keputusan penyelidikan sesuatu projek yang berkepentingan secara langsung boleh didapati di peringkat antarabangsa bagi penjelajahan dan pengeksploitasian sumber alam.

Penggantungan atau pemberhentian sementara aktiviti penyelidkan saintifik laut