Malaysia legislation

Section 1

of *AKTA ZON EKONOMI EKSKLUSIF 1984

Seksyen 1

(2)

Peruntukan Akta ini berhubungan dengan pelantar benua adalah sebagai tambahan kepada, dan bukan untuk mengurangkan, peruntukan Akta Pelantar Benua 1966 [Akta 83].

(3)

Jika sekiranya berlaku apa-apa percanggahan atau ketidakkonsistenan di antara peruntukan Akta ini dan mana-mana undang-undang bertulis yang terpakai, peruntukan Akta ini hendaklah

8 Undang-Undang Malaysia AKTA 311

menggantikan peruntukan yang bercanggah atau tidak konsisten undang-undang bertulis yang tepakai itu dan peruntukan yang terkemudian itu hendaklah ditafsirkan sebagai digantikan sedemikian.

(4)

Peruntukan mana-mana undang-undang bertulis yang terpakai yang tidak bercanggah atau berlawanan dengan peruntukan Akta ini hendaklah sebaliknya terus terpakai.

(5)

Akta ini hendaklah mula berkuat kuasa pada tarikh yang ditetapkan oleh Yang di-Pertuan Agong melalui pemberitahuan dalam Warta dan Yang di-Pertuan Agong boleh menetapkan tarikh yang berlainan bagi berkuatkuasanya peruntukan berlainan Akta ini dalam kawasan berlainan zon ekonomi eksklusif dan pelantar benua.

Tafsiran