Malaysia legislation
Section 20
Seksyen 20
(a)
aktiviti penyelidikan tidak dijalankan menurut maklumat yang diperuntukkan di bawah seksyen 18 yang atasnya persetujuan Kerajaan didasarkan; atau
(b)
Negara atau pertubuhan antarabangsa yang layak yang menjalankan aktiviti penyelidikan gagal mematuhi peruntukan seksyen 19.
(2)
Kerajaan boleh memerintahkan pemberhentian apa-apa aktiviti penyelidikan saintifik—
(a)
yang menyimpang daripada maklumat yang diperuntukkan di bawah seksyen 18 telah terjumlah kepada perubahan besar dalam projek penyelidikan atau aktiviti penyelidikan; atau
(b)
yang jika mana-mana keadaan yang dijangkakan dalam subseksyen (1) tidak diperbaiki dalam tempoh masa yang munasabah, sebagaimana ditetapkan oleh Kerajaan.
24 Undang-Undang Malaysia AKTA 311
(3)
Berikutan pemberitahuan oleh Kerajaan mengenai perintah penggantungan atau pemberhentian, Negara atau pertubuhan antarabangsa yang layak hendaklah dengan serta-merta menamatkan kesemua atau mana-mana aktiviti penyelidikan saintifik laut yang tertakluk kepada pemberitahuan tersebut.
(4)
Suatu perintah penggantungan di bawah subseksyen (1) boleh ditamatkan oleh Kerajaan dan aktiviti penyelidikan saintifik laut dibenarkan berterusan jika Negara penyelidikan atau pertubuhan antarabangsa yang layak mematuhi syarat yang dikehendaki di bawah seksyen 18 dan 19 dalam tempoh masa yang munasabah, sebagaimana ditetapkan oleh Kerajaan.