Malaysia legislation
Section 21
Seksyen 21
(2)
Kerajaan hendaklah mempunyai bidang kuasa eksklusif ke atas pulau buatan, pepasangan dan struktur dalam zon dan pelantar benua, termasuk bidang kuasa mengenai kastam, fiskal, kesihatan, keselamatan dan undang-undang imigresen.
(3)
Kerajaan boleh, apabila perlu, menubuhkan zon keselamatan yang munasabah di sekeliling pulau buatan, pepasangan dan struktur yang dalamnya langkah-langkah yang berkenaan bagi memastikan keselamatan kedua-dua navigasi dan mengenai pulau buatan, pepasangan dan struktur.
Zon Ekonomi Eksklusif 25
(4)
Bidang zon keselamatan hendaklah ditetapkan oleh Kerajaan, dengan mengambil perhatian standard antarabangsa yang terpakai.
Notis sewajarnya hendaklah diberi mengenai takat zon keselamatan.
(5)
Semua vesel mesti menghormati zon keselamatan ini dan hendaklah mematuhi apa-apa arahan yang Kerajaan mungkin berikan mengikut standard antarabangsa yang diakui umum mengenai navigasi sekeliling pulau buatan, pepasangan, struktur dan zon keselamatan.