Malaysia legislation
Section 24
Seksyen 24
(a)
menahan, menaiki dan menggeledah mana-mana vesel dalam zon ekonomi eksklusif dan memeriksa apa-apa lesen, permit, rekod, perakuan atu apa-apa dokumen lain yang dikehendaki dibawa atas vesel tersebut di bawah
Akta ini, atau undang-undang bertulis itu atau apa-apa kaedah dan standard antarabangsa yang diakui umum, dan membuat salinan daripadanya;
(b)
membuat apa-apa penyiasatan selanjutnya dan pemeriksaan fizikal vesel, krunya, kelengkapan, alat perkakas, perabot, segala yang bersangkutan dengannya, storan dan kargo sebagaimana perlu bagi menentukan sama ada atau tidak suatu pelanggaran yang disyaki terhadap peruntukan Akta ini atau undang-undang bertulis itu telah dilakukan;
(c)
memasuki dan menggeledah mana-mana tempat yang dia mempunyai sebab bagi mempercayai bahawa suatu kesalahan di bawh Akta ini atau undang-undang bertulis itu akan atau telah dilakukan;
(d)
menangkap mana-mana orang yang dia mempunyai sebab bagi mempercayai telah melakukan apa-apa kesalahan di bawah Akta ini atau undang-undang bertulis itu;
(e)
menahan apa-apa benda yang dia mempunyai sebab bagi mempercayai telah digunakan dalam perlakuan sesuatu
(a)
(b)
(c)
(d)
(e)
Zon Ekonomi Eksklusif 27
kesalahan di bawah Akta ini atau undang-undang bertulis itu;
(f)
menahan apa-apa vesel, termasuk kelengkapan, alat perkakas, perabot, segala yang bersangkutan dengannya, storan dan kargonya yang dia mempunyai sebab bagi mempercayai telah digunakan dalam perlakuan apa-apa kesalahan atau berhubungan dengan apa-apa kesalahan yang telah dilakukan di bawah Akta ini atau undang-undang bertulis itu.
(2)
Suatu surat penerimaan hendaklah diberi bagi apa-apa benda, vesel atau barang yang ditahan di bawah subseksyen (1).
Kejar buru