Malaysia legislation
Section 2
Seksyen 2
Dalam Akta ini, melainkan jika konteksnya menghendaki makna yang lain—
“Akta ini”
termasuk peraturan-peraturan dan perundangan subsidiari lain yang dibuat di bawah Akta ini dan apa-apa jua yang dibuat di bawah Akta ini atau di bawah peraturan-peraturan atau perundangan subsidiari yang lain tersebut;
“buangan” termasuk—
(a)
apa-apa bahan, sama ada cecair, pepejal, gas, atau radioaktif, yang dilepaskan, dikeluarkan, diletakkan atau dibuangkan dalam alam sekitar laut mengikut isipadu, komposisi atau cara hingga menyebabkan perubahan kepada alam sekitar; atau
(b)
apa-apa bahan yang ditetapkan oleh Menteri yang bertanggungjawab mengenai alam sekitar melalui perintah dalam Warta sebagai buangan bagi maksud Akta ini;
“campuran berminyak” ertinya—
Zon Ekonomi Eksklusif 9
(a)
suatu campuran dengan kandungan minyak sebanyak seratus bahagian atau lebih dalam sejuta bahagian campuran; atau
(b)
suatu campuran dengan kandungan minyak tersebut sebagaimana ditetapkan oleh
Menteri yang bertanggungjawab mengenai alam sekitar melalui perintah dalam Warta sebagai suatu campuran berminyak bagi maksud Akta ini;
“kemalangan laut” ertinya suatu pelanggaran vesel, terkandas atau peristiwa navigasi lain atau kejadian lain atas vesel atau di luarnya yang menyebabkan kerosakan material atau ancaman yang akan berlaku terhadap kerosakan material kepada vesel atau kargo;
“Kerajaan” ertinya Kerajaan Malaysia dan termasuk mana-mana
Menteri yang dipertanggungjawabkan melalui perintah yang dibuat di bawah Akta Tugas-Tugas Menteri 1969 [Akta 2] bagi perkara yang berhubungan dengan sebutan kepada Kerajaan ada dibuat dalam Akta ini, dan mana-mana Menteri lain yang menjalankan sementara tugas
Menteri tersebut;
“Ketua
Pengarah”
ertinya
Ketua
Pengarah
Alam
Sekitar sebagaimana ditakrifkan dalam seksyen 2 Akta Kualiti Alam
Sekeliling 1974 [Akta 127];
“laut wilayah” ertinya perairan wilayah Malaysia yang ditetapkan menurut Ordinan No. 7 (Kuasa-Kuasa Perlu) Darurat,
1969 [P.U. (A) 307A/1969];
“minyak” ertinya―
(a)
minyak mentah, minyak disel, minyak bahan api atau minyak pelincir; atau
(b)
apa-apa perihalan lain mengenai minyak yang ditetapkan oleh Menteri yang bertanggungjawab mengenai alam sekitar melalui perintah dalam Warta sebagai minyak bagi maksud Akta ini;
10 Undang-Undang Malaysia AKTA 311
“nakhoda” berhubungan dengan sesuatu vesel, termasuklah tiap-tiap orang (kecuali malim atau pegawai pelabuhan sebagaimana ditakrifkan dalam seksyen 2 Ordinan Perkapalan Dagang 1952
[Ordinan 70/1952] yang pada masa itu memerintah atau menjaga vesel itu, atau bertindak dengan sah di sisi undang-undang sebagai nakhodanya;
“Negara” hendaklah mempunyai erti yang diberi kepada ungkapan itu di bawah undang-undang antarabangsa;
“pegawai yang diberi kuasa” ertinya mana-mana pegawai perikanan sebagaimana ditakrifkan dalam seksyen 2 *Akta Perikanan 1985
[Akta 317] sebagaimana ditakrifkan dalam seksyen 2 Ordinan
Perkapalan Dagang 1952 [Ordinan 70 tahun 1952], mana-mana pegawai polis yang berpangkat tidak rendah daripada sarjan sebagaimana ditakrifkan dalam seksyen 2 Akta Polis 1967 [Akta 344], mana-mana pegawai kastam sebagaimana ditakrifkan dalam seksyen 2 Akta Kastam 1967 [Akta 235], mana-mana pegawai angkatan tentera sebagaimana ditakrifkan dalam seksyen 2 Akta Angkatan
Tentera 1972 [Akta 77] mana-mana pegawai awam, tidak kira pangkat yang memerintah sesuatu vesel kepunyaan Kerajaan atau mana-mana orang atau kelas orang lain yang dilantik menjadi seorang pegawai yang diberi kuasa atau pegawai-pegawai yang diberi kuasa di bawah seksyen 39;
“pelantar benua” ertinya pelantar benua Malaysia sebagaimana ditakrifkan dalam seksyen 2 Akta Pelantar Benua 1966;
“pembuangan” ertinya―
(a)
membuang apa-apa buangan atau bahan lain dengan sengaja daripada vesel, pesawat udara, platform atau struktur lain buatan manusia di laut; atau
(b)
membuang vesel, pesawat udara atau struktur buatan manusia dengan sengaja di laut, tetapi “pembuangan” tidak termasuk―
*Catatan—Akta Perikanan 1963 [Akta 210] telah dimansuhkan oleh Akta Perikanan 1985 [Akta 317]
Zon Ekonomi Eksklusif 11
(i)
membuang buangan atau bahan lain yang berkaitan dengan, atau berpunca daripada, penjalanan biasa vesel, pesawat udara, platform atau struktur lain buatan manusia di laut dan kelengkapan mereka, selain buangan atau bahan lain yang diangkut oleh atau ke vesel, pesawat udara, platform atau struktur lain buatan manusia di laut, yang dijalankan bagi maksud membuang bahan itu atau berpunca daripada pergolahan buangan itu atau bahan lain di atas vesel, pesawat udara, platform atau struktur tersebut; atau
(ii)
menempatkan bahan bagi suatu maksud selain cuma membuangkannya, dengan syarat bahawa penempatan demikian tidak berlawanan dengan tujuan Akta ini, mana-mana undang-undang bertulis yang terpakai atau undang-undang antarabangsa;
“pemunya”, berhubungan dengan sesuatu vesel, ertinya mana-mana orang atau kumpulan orang, sama ada diperbadankan atau tidak, yang olehnya vesel itu dipunyai dan termasuk mana-mana pencatar, pencatar kecil, penerima pajak atau penerima pajak kecil vesel itu;
“pencemar” ertinya apa-apa bahan yang, jika dimasukkan ke dalam laut, mungkin membahayakan kesihatan manusia atau membahayakan sumber kehidupan dalam laut atau hidupan laut yang lain, atau merosakkan kemudahan atau mengganggu kegunaan laut lain yang sah dan, tanpa mengehadkan keluasan yang terdahulu termasuk apa-apa bahan yang ditetapkan oleh Menteri yang dipertanggungkan dengan tanggungjawab mengenai alam sekitar melalui perintah, dalam Warta sebagai pencemar bagi maksud Akta ini;
“perairan perikanan Malaysia” ertinya keseluruhan perairan yang mengandungi perairan dalaman, laut wilayah dan zon ekonomi eksklusif Malaysia yang baginya Malaysia menjalankan hak kedaulatan dan eksklusif perikanan;
“undang-undang bertulis yang terpakai” ertinya mana-mana undang-undang bertulis―
(ii)
12 Undang-Undang Malaysia AKTA 311
(a)
yang diperuntukkan yang terpakai berkenaan dengan zon ekonomi eksklusif, pelantar benua atau kedua-duanya, mengikut mana yang berkenaan, melalui perintah yang dibuat di bawah seksyen 42 atau selainnya diperuntukkan dengan khususnya sebagai dipakai sedemikian; atau
(b)
terpakai berkenaan dengan pelantar benua di bawah peruntukan Akta Pelantar Benua 1966, dan termasuk Akta Pelantar Benua 1966;
“vesel” termasuk tiap-tiap perihal kapal atau kapal terapung atau kapal selam atau struktur;
“zon ekonomi eksklusif” atau “zon” ertinya zon ekonomi eksklusif
Malaysia yang ditetapkan mengikut seksyen 3.