Malaysia legislation
Section 32
Seksyen 32
Penahanan dan pelucuthakan vesel, dll
(2)
Jika benda, vesel atau barang yang ditahan di bawah peruntukan Akta ini atau mana-mana undang-undang bertulis yang terpakai, pegawai yang diberi kuasa yang menahan benda, vesel atau barang hendaklah, secepat yang dapat, memberi notis mengenainya secara bertulis kepada pemunya; dan jika pemunya tidak dijumpai, suatu notis yang bermaksud sedemikian hendaklah disiarkan dalam
Warta dan, jika benda, vesel atau barang itu ialah kepunyaan orang asing, pegawai yang diberi kuasa itu hendaklah menyebabkan wakil diplomat di Malaysia diberitahu mengenai bendera Negara vesel berkenaan atau mengenai negara pemunya benda atau barang itu ialah seorang rakyat melalui Kementerian yang bertanggungjawab mengenai hal ehwal luar negeri.
(3)
Jika pemunya benda, vesel atau barang tidak boleh dijumpai walaupun segala tindakan telah diambil di bawah subseksyen (2) dan oleh kerananya pemunya tidak boleh dijumpai prosiding di bawah
Akta ini atau mana-mana undang-undang bertulis yang terpakai tidak dapat dimulakan, benda, vesel atau barang yang ditahan hendaklah dipegang selama satu bulan dari tarikh tindakan terakhir yang diambil di bawah subseksyen (2) yang pada akhir tempohnya benda, vesel atau barang itu hendaklah dilucut hak kepada Kerajaan melainkan suatu tuntutan diterima mengenainya dalam tempoh yang tersebut di atas dan dalam hal yang demikian suatu siasatan hendaklah diadakan oleh mahkamah yang berbidang kuasa kompeten untuk memutuskan
Zon Ekonomi Eksklusif 31
kesahan tuntuan dan benda, vesel atau barang itu hendaklah dilupuskan mengikut apa-apa cara sebagaimana yang diarahkan oleh mahkamah.
Kuasa mahkamah memerintah untuk pelucuthakan