Malaysia legislation
Section 33
Seksyen 33
Jika mana-mana orang didapati bersalah melakukan suatu kesalahan di bawah Akta ini atau mana-mana undang-undang bertulis yang terpakai, mahkamah hendaklah, sebgai tambahan kepada apa-apa penalti yang boleh dikenakan, memerintahkan benda, vesel atau barang yang menjadi hal perkara, atau telah digunakan dalam perlakuan kesalahan dilucuthakkan dan apa-apa lesen atau permit yang dikeluarkan atau persetujuan yang diberi di bawah Akta ini atau undang-undang bertulis itu digantung bagi suatu tempoh masa sebagaimana difikirkan patut atau dibatalkan atau ditarik balik, mengikut mana yang berkenaan.