Malaysia legislation
Section 35
Seksyen 35
Mahkamah boleh memerintahkan dilucut hak vesel yang disita dalam hal keadaan tertentu
Jika dibuktikan dengan memuaskan hati mahkamah bahawa mana-mana benda, vesel atau barang yang ditahan di bawah peruntukan Akta ini atau mana-mana undang-undang bertulis yang terpakai adalah hal perkara, atau telah digunakan dalam pelakuan, suatu kesalahan di bawah Akta ini atau undang-undang bertulis itu, mahkamah boleh memerintahkan dilucut hak benda, vesel atau barang itu walaupun tiada orang telah didapati melakukan kesalahan tersebut.
32 Undang-Undang Malaysia AKTA 311
Mahkamah Sesyen dan Mahkamah Majistret Kelas Satu mempunyai bidang kuasa dan kuasa penuh di bawah Akta, atau undang-undang bertulis yang terpakai