Malaysia legislation
Section 40
Seksyen 40
(2)
Jika perbuatan atau peninggalan seseorang selain mana-mana orang yang disebut dalam subseksyen (1) menyebabkan kerosakan, pelepasan atau terlepasnya itu, maka mana-mana orang lain itu adalah juga bertanggungan bersesama dan berasingan dengan orang yang disebut dalam subseksyen itu atas kerosakan itu, melainkan jika selainnya diperuntukkan di bawah Akta ini atau undang-undang bertulis lain itu.
(3)
Tanpa menjejaskan keluasan subseksyen (1) dan (2) liabiliti tersebuat hendaklah diperluaskan kepada pembayaran pampasan apa-apa kerosakan yang disebabkan kepada seseorang, vesel, alat perkakas, kemudahan atau struktur yang digunakan dalam apa-apa aktiviti termasuk menangkap ikan dan aktiviti berkaitan, yang berkaitan dengan penjalanan hak Kerajaan dan rakyat Malaysia, dan mengenai orang lain di mana hak tersebut dijalankan dengan persetujuan Kerajaan, dalam zon ekonomi eksklusif atau pelantar benua dan pampasan boleh juga dibayar bagi aktiviti kepolisian dan pengawalan dan aktiviti bagi perlindungan alam sekitar dan
Zon Ekonomi Eksklusif 35
perkapalan yang diperlukan oleh kerosakan yang disebutkan dalam subseksyen (1).
(4)
Apa-apa tuntutan pampasan di bawah seksyen ini boleh dibawa di hadapan mana-mana Mahkamah Tinggi, Mahkamah
Sesyen atau Mahkamah Majistret Kelas Satu di Malaysia, mengikut mana yang berkenaan, mengikut nilai atau amaun tuntutan; dan jika tuntutan dibawa sedemikian, mahkamah berkenaan hendaklah mempunyai bidang kuasa dan kuasa sepenuhnya untuk membicarakan ke atasnya.