Malaysia legislation
Section 41
Seksyen 41
(2)
Tanpa menjejaskan keluasan makna subseksyen (1) peraturan tersebut boleh memperuntukkan bagi apa-apa perkara berikut:
(a)
mengawal selia penjalanan penyelidikan saintifik laut dalam zon ekonomi eksklusif dan pelantar benua;
(b)
menetapkan langkah-langkah bagi perlindungan dan pemeliharaan alam sekitar laut zon ekonomi eksklusif termasuk syarat-syarat yang akan dipatuhi oleh vesel asing sebelum memasuki mana-mana pelabuhan atau perairan pendalaman Malaysia atau yang melawat mana-mana perhentian luar pantai;
(c)
mengawal selia pembinaan, pengendalian dan penggunaan pulau buatan dan pepasangan dan struktur lain dalam zon ekonomi eksklusif atau pelantar benua, termasuk penubuhan zon keselamatan di sekililing pulau buatan, pepasangan dan struktur tersebut;
36 Undang-Undang Malaysia AKTA 311
(d)
mengawal selia penjelajahan dan pengeksploitasian zon ekonomi eksklusif bagi pengeluaran tenaga dari air, arus dan angin dan bagi maksud ekonomi lain;
(e)
memperuntukkan apa-apa perkara lain yang perlu atau suai manfaat bagi penguatkuasaan hak dan bidang kuasa
Malaysia ke atas zon ekonomi eksklusif dan pelantar benua.
Undang-undang bertulis hendaklah terpakai dalam zon ekonomi eksklusif atau pelantar benua atau kedua-dua dengan perintah