Malaysia legislation

Section 42

of *AKTA ZON EKONOMI EKSKLUSIF 1984

Seksyen 42

(2)

Mana-mana perintah yang dibuat oleh Yang di-Pertuan Agong di bawah seksyen ini boleh memperuntukkan undang-undang bertulis tersebut supaya terpakai dengan apa-apa pengubahsuaian atau pengecualian kepadanya sebagaimana difikirkannya perlu dan jika dibuat sedemikian olehnya, undang-undang bertulis tersebut hendaklah ditafsirkan dengan sewajarnya dalam pemakaiannya dalam zon ekonomi eksklusif, pelantar benua atau kedua-duanya.

(3)

Pengubahsuaian yang disebutkan dalam subseksyen (2) boleh meliputi pindaan kepada undang-undang bertulis tersebut yang Yang di-Pertuan Agong fikirkan perlu—

(a)

untuk menjadikan undang-undang bertulis itu berkesan dalam pemakaiannya dalam zon ekonomi eksklusif, pelantar benua atau kedua-duanya;

(b)

bagi mengelakkan apa-apa percanggahan atau ketakkonsistenan di antara peruntukan undang-undang bertulis tersebut dan Akta ini atau mana-mana undang-undang bertulis yang terpakai; atau

Zon Ekonomi Eksklusif 37

(c)

menyeleraskan peruntukan undang-undang bertulis itu dengan peruntukan Akta ini atau mana-mana undang-undang bertulis lain yang terpakai.

(4)

Apa-apa perintah yang dibuat di bawah seksyen ini hendaklah dibentangkan dalam Dewan Rakyat secepat mungkin selepas ia dibuat, dan jika suatu usul dicadangkan dan dijalankan oleh Dewan tersebut, dalam masa tiga bulan dari tarikh perintah dibentangkan di hadapannya, tidak membenarkan perintah itu, perintah itu hendaklah kemudiannya menjadi tidak sah tetapi tanpa menjejaskan kesahan apa-apa jua yang dibuat di bawah perintah itu atau pembuatan apa-apa perintah baharu.

_______________

38

Akta 311

SENARAI PINDAAN

Undang-undang Tajuk ringkas Berkuat kuasa yang meminda dari

Akta A1277

Akta Zon Ekonomi Eksklusif 01-05-2007

(Pindaan) 2006

_______________

39

Akta 311

SENARAI SEKSYEN YANG DIPINDA

Seksyen Kuasa meminda Berkuat kuasa dari

3

Akta A1277

01-05-2007

____________