Malaysia legislation

Section 4

of *AKTA ZON EKONOMI EKSKLUSIF 1984

Seksyen 4

Dalam zon ekonomi eksklusif, Malaysia mempunyai—

(a)

hak kedaulatan bagi maksud menjelajah dan mengeksploitasi, memelihara dan menguruskan sumber alam, sama ada hidupan atau bukan hidupan, dari dasar laut dan tanih bawah dan perairan superjasen, dan mengenai aktiviti lain bagi pengeksploitasian ekonomi dan penjelajahan zon, seperti pengeluaran tenaga dari air, arus dan angin;

(b)

bidang kuasa mengenai—

(i)

penubuhan dan penggunaan pulau buatan, pepasangan dan struktur;

(ii)

penyelidikan saintifik laut;

(iii)

perlindungan dan pemeliharaan alam sekitar laut; dan

(c)

apa-apa hak dan kewajipan lain sebagaimana yang diperuntukkan oleh undang-undang antarabangsa.

(i)

Paragraph

(ii)

Subparagraph

(iii)

14 Undang-Undang Malaysia AKTA 311

Larangan aktiviti dalam zon ekonomi eksklusif atau pelantar benua kecuali jika dibenarkan