Malaysia legislation
Section 5
Seksyen 5
Kecuali jika dibenarkan mengikut peruntukan Akta ini atau mana-mana undang-undang bertulis yang terpakai, tiada seseorang pun boleh dalam zon ekonomi eksklusif atau pelantar benua—
(a)
menjelajah atau mengeksploitasi apa-apa sumber alam, sama ada hidupan atau bukan hidupan;
(b)
menjalankan apa-apa kerja penyelidikan penggalian atau penggerudian;
(c)
menjalankan apa-apa penyelidikan saintifik laut; atau
(d)
membina atau memberi kuasa dan mengawal selia pembinaan, pengendalian dan penggunaan—
(i)
mana-mana pulau buatan;
(ii)
apa-apa pepasangan atau struktur bagi maksud yang diperuntukkan dalam seksyen 4 atau bagi apa-apa maksud ekonomi lain; atau
(iii)
apa-apa pepasangan atau struktur yang mungkin mengganggu perjalanan hak Malaysia dalam zon atau pelantar benua.