Malaysia legislation
Section 10
Seksyen 10
Tanpa menyentuh mana-mana undang-undang berkenaan dengan pihak berkuasa tempatan, berkenaan dengan mana-mana kilang, peruntukan yang berikut yang berhubungan dengan keselamatan hendaklah terpakai:
30 Undang-Undang Malaysia AKTA 139
(a)
asas dan lantai hendaklah cukup kuat untuk menahan beban-beban yang baginya direka bentuk; dan tiada asas atau lantai boleh dibeban lebih;
(b)
bumbung hendaklah cukup kuat untuk menampung jika perlu beban terampai;
(c)
semua lantai, lantai kerja, platform, dek, tangga lorong, laluan, titi sambung, tangga dan anak tangga hendaklah dibina dengan selamat untuk mencegah risiko orang daripada jatuh dan dengan struktur yang baik untuk mencegah risiko keruntuhan, dan hendaklah disenggara dan dijaga dengan sewajarnya, setakat yang semunasabahnya dapat dilaksanakan, bebas dari apa-apa bahan yang longgar dan tidak dalam keadaan licin;
(d)
apa-apa cara yang semunasabahnya dapat dilaksanakan, hendaklah diadakan, disenggarakan dan digunakan untuk memastikan akses yang selamat ke mana-mana tempat yang mana-mana orang akan bekerja pada bila-bila masa;
(e)
tiap-tiap bukaan, takungan bahan buangan, lubang atau bejana yang dilekatkan pada lantai atau lantai kerja hendaklah ditutup dengan selamat atau dipagar dengan selamat untuk mencegah risiko orang daripada jatuh;
dan
(f)
semua barang, benda dan bahan yang disimpan atau disusun hendaklah ditempatkan atau disusun—
(a)
mengikut cara yang boleh memastikan kestabilan yang terbaik dan mencegah apa-apa keruntuhan barang, benda atau bahan atau sokongannya; dan
(b)
mengikut cara sedemikian supaya tidak mengganggu pembahagian cahaya yang mencukupi, pengalihan udara yang mencukupi,
Kilang dan Jentera 31
pengendalian jentera yang sempurna, penggunaan laluan atau titi sambung yang tidak tempat dihalang dan pengendalian atau penggunaan kelengkapan pemadam api yang berkesan.
Orang yang terdedah kepada bahan letupan, mudah terbakar, dsb.