Malaysia legislation
Section 19
Seksyen 19
(2)
Dalam hal apa-apa pelanggaran subseksyen (1) seseorang
Pemeriksa hendaklah dengan serta-merta menyampaikan kepada orang yang disebut dahulu suatu notis secara bertulis yang melarang pengendalian jentera itu atau boleh menyebabkan jentera itu tidak boleh dikendalikan sehingga suatu masa apabila perakuan kelayakan yang sah dikeluarkan.
(3)
Perakuan kelayakan yang dikeluarkan di bawah Akta ini hendaklah masing-masing mengikut bentuk yang ditetapkan dan hendaklah sah tertakluk kepada Akta ini, bagi apa-apa tempoh yang ditetapkan.
(4)
Suatu perakuan kelayakan yang berkenaan dengan apa-apa jentera yang sedang dibuka atau dibaiki atau rosak atas apa-apa sebab hendaklah tamat apabila dibuka, dibaiki atau rosak, tetapi
Ketua Pemeriksa boleh mengecualikan apa-apa jentera daripada pemakaian subseksyen ini jika pada pendapatnya jentera itu tidak
34 Undang-Undang Malaysia AKTA 139
akan menyebabkan apa-apa bahaya kepada mana-mana orang atau harta.
(5)
Untuk maksud subseksyen (4) –
“rosak” ertinya apa-apa kecacatan fizikal yang disebabkan kepada apa-apa jentera semasa pengendalian atau selainnya yang boleh menjejaskan kekuatan dan integriti jentera itu semasa pengendalian berikutnya;
“dibuka” ertinya membuka mana-mana bahagian apa-apa jentera yang boleh menjejaskan kekuatan, integriti atau keupayaan fungsional jentera itu;
“dibaiki” ertinya apa-apa kerja yang dilakukan untuk membaik pulih apa-apa bahagian mana-mana jentera yang telah rosak.
(6)
Mana-mana orang yang melanggar subseksyen (1) melakukan suatu kesalahan dan hendaklah, jika disabitkan, boleh didenda tidak melebihi satu ratus lima puluh ribu ringgit atau dipenjarakan tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya.
Kuasa untuk membatalkan perakuan kelayakan yang diperoleh dengan cara fraud atau salah nyataan