Malaysia legislation
Section 22
Seksyen 22
Peruntukan yang berhubungan dengan kesihatan
(a)
tiap-tiap kilang hendaklah dijaga dalam keadaan bersih dan bebas dari bau busuk yang timbul daripada mana-mana parit, kemudahan kebersihan atau sumber lain dan hendaklah dibersihkan pada masa dan dengan cara yang ditetapkan dan cara ini bolehlah termasuk menyapu
36 Undang-Undang Malaysia AKTA 139
kapur atau menyapu warna, mengecat, memvarnis, membubuh ubat mencegah kuman atau mencegah bau;
(b)
bilangan maksimum orang yang diambil kerja pada bila-bila masa di dalam mana-mana bilik kerja dalam mana-mana kilang hendaklah sebegitu rupa sehingga amaun ruang meter padu dan permukaan meter kawasan lantai yang dibenarkan dalam bilik kerja bagi setiap orang itu adalah tidak kurang daripada amaun ruang meter padu dan permukaan meter kawasan lantai yang ditetapkan sama ada secara am atau bagi kelas kerja tertentu yang dijalankan di dalam bilik kerja itu;
(c)
(i)
peruntukan yang berkesan dan sesuai hendaklah dibuat bagi menjamin dan menyenggara pengalihan udara yang mencukupi melalui peredaran udara segar dalam tiap-tiap bahagian kilang dan bagi menjadikan tidak berbahaya setakat yang dapat dilaksanakan, semua gas, wasap, habuk dan kekotoran lain yang boleh memudaratkan kesihatan yang berbangkit dalam perjalanan apa-apa proses atau kerja yang dijalankan di dalam sesuatu kilang;
(ii)
Menteri boleh menetapkan suatu standard pengalihan udara yang mencukupi dan cara yang melalui standard itu boleh dicapai, bagi kilang atau bagi mana-mana kelas atau perihalan kilang atau bahagiannya;
(d)
peruntukan yang berkesan dan sesuai hendaklah dibuat bagi menjamin dan menyenggara suatu suhu yang akan memastikan keadaan keselesaan yang munasabah dan mencegah daripada kecederaan badan kepada mana-mana orang yang diambil kerja di dalam sesuatu kilang;
(ii)
Menteri boleh bagi kilang atau bagi mana-mana kelas kilang atau bahagiannya, menetapkan suatu
Kilang dan Jentera 37
standard suhu yang munasabah dan melarang penggunaan apa-apa kaedah bagi menyenggara suatu suhu yang munasabah yang pada pendapatnya mungkin memudaratkan orang yang diambil kerja dan mengarahkan supaya jangka suhu disediakan dan disenggarakan di tempat dan kedudukan yang dinayatakan;
(e)
(i)
peruntukan yang berkesan hendaklah dibuat bagi menjamin dan menyenggara pencahayaan yang mencukupi dan sesuai, sama ada secara semula jadi atau tiruan, di tiap-tiap bahagian kilang yang orang itu sedang bekerja atau lalu;
(ii)
Menteri boleh menetapkan suatu standard pencahayaan yang mencukupi dan sesuai bagi kilang atau bagi mana-mana kelas atau perihalan kilang atau bahagiannya atau bagi apa-apa proses;
dan
(f)
kemudahan kebersihan yang mencukupi dan sesuai yang ditetapkan, hendaklah disediakan dan disenggarakan untuk kegunaan orang di dalam sesuatu kilang.
(2)
(a)
Apabila ternyata pada seseorang Pemeriksa bahawa apa-apa proses dalam mana-mana kilang mungkin memudaratkan kesihatan mana-mana orang yang diambil kerja di dalamnya atau orang awam, dia hendaklah melaporkan hal keadaan itu secara bertulis kepada Ketua Pemeriksa yang boleh dengan itu menjalankan penyiasatan yang dia fikirkan perlu.
(b)
Jika Ketua Pemeriksa berpuas hati—
(i)
bahawa proses itu mungkin memudaratkan kesihatan mana-mana orang yang diambil kerja di dalam kilang atau orang awam; dan
(ii)
bahawa proses itu boleh diubah suai atau cara disediakan untuk engurangkan kemungkinan
38 Undang-Undang Malaysia AKTA 139
kemudaratan kepada kesihatan orang itu atau kesihatan orang awam seperti yang disebut terdahulu, dia hendaklah, setelah menimbangkan apa-apa representasi yang dibuat oleh penghuni kilang itu, memerintahkan supaya proses itu diubah suai mengikut cara atau cara yang disediakan itu yang diarahkan olehnya untuk mengurangkan kemungkinan kemudaratan kepada kesihatan orang itu atau orang awam.
(c)
Mana-mana orang yang terkilan dengan perintah yang dibuat di bawah perenggan (b) boleh dalam tempoh dua puluh satu hari dari penerimaan perintah itu merayu kepada Menteri yang hendaklah membuat perintah yang difikirkannya patut.
(d)
Jika Ketua Pemeriksa berpuas hati—
(i)
bahawa proses sedemikian mungkin memudaratkan kesihatan mana-mana orang yang diambil kerja di dalam kilang atau orang awam; dan
(ii)
bahawa proses itu tidak boleh diubah suai atau cara disediakan untuk mengurangkan kemungkinan kemudaratan kepada kesihatan orang itu atau orang awam yang disebut terdahulu, dia hendaklah melaporkan hal keadaan itu secara bertulis kepada
Menteri.
(e)
Menteri boleh apabila menerima laporan itu sama ada—
(i)
membuat apa-apa peraturan bagi mengawal selia atau melarang penggunaan proses itu sebagaimana yang difikirkan munasabah; atau
(ii)
selepas menimbangkan apa-apa representasi yang dibuat oleh mana-mana orang yang mungkin terjejas olehnya melalui tulisan yang ditandatangani sendiri melarang penjalanan proses itu sama ada secara mutlak atau
Kilang dan Jentera 39
bersyarat atau penggunaan apa-apa benda atau bahan yang berkaitan dengannya.
(f)
Bagi maksud membolehkan mana-mana penghuni sesuatu kilang atau orang lain membuat representasi berkenaan dengan sesuatu perintah atau larangan yang dicadangkan di bawah perenggan (b) atau (e), Ketua Pemeriksa atau Menteri, mengikut mana-mana yang berkenaan, hendaklah menyebabkan disampaikan kepada penghuni atau orang lain suatu notis yang menyatakan tempoh yang representasi itu boleh dibuat dan yang mengandungi apa-apa butir sebagaimana yang dianggap oleh Ketua Pemeriksa atau Menteri, mengikut mana-mana yang berkenaan, mencukupi dalam hal keadaan itu.
(3)
Seseorang Pemeriksa boleh menghendaki mana-mana orang yang diambil kerja di dalam mana-mana kilang yang penyakit yang dinamakan dalam Jadual Ketiga telah berlaku, atau mungkin berlaku supaya dikenakan pemeriksaan perubatan.
Pendedahan kepada unsur