Malaysia legislation

Section 36

of *AKTA KILANG DAN JENTERA 1967

Seksyen 36

(a)

apa-apa jentera di dalam mana-mana kilang; atau

(b)

apa-apa jentera yang berkenaan dengannya perakuan kelayakan ditetapkan, kecuali dengan kebenaran bertulis Pemeriksa.

(2)

Bagi maksud mendapatkan kelulusan yang disebut dalam subseksyen (1) hendaklah dikemukakan kepada Pemeriksa apa-apa butir-butir sebagaimana yang boleh ditetapkan.

(3)

Apabila mana-mana jentera yang berkenaan dengannya suatu perakuan kelayakan ditetapkan telah dipasang, suatu notis bertulis hendaklah disampaikan oleh penghuni atau pemunya kilang itu pada—

50 Undang-Undang Malaysia AKTA 139

(a)

Pemeriksa, yang dengan seberapa segera yang boleh, membuat pemeriksaan terhadap jentera itu; atau

(b)

orang berlesen jika berkenaan, yang hendaklah dalam tempoh satu bulan dari tarikh penerimaan notis bertulis itu membuat suatu pemeriksaan ke atas jentera itu.

(4)

Jika, apabila, pemeriksaan dilakukan, Pemeriksa atau orang berlesen itu mendapati bahawa jentera itu—

(a)

mematuhi kehendak di bawah Akta ini, Pemeriksa atau orang berlesen itu hendaklah mengeluarkan apabila dibayar fi yang ditetapkan suatu perakuan kelayakan dalam borang yang ditetapkan yang menyatakan bahawa jentera itu telah lulus pemeriksaan pada tarikh pemeriksaan itu; atau

(b)

tidak mematuhi kehendak, penghuni atau pemunya kilang itu hendaklah membayar kepada Kerajaan atau orang berlesen apa-apa bayaran sebagaimana yang ditetapkan untuk perkhidmatan yang diberikan walaupun perakuan kelayakan tidak dikeluarkan.

(5)

Jika perakuan kelayakan tidak dikeluarkan, Pemeriksa atau orang berlesen itu hendaklah menyatakan alasan bagi keengganan itu.

(6)

Seseorang yang terkilan dengan keengganan Pemeriksa atau orang berlesen untuk mengeluarkan perakuan kelayakan boleh merayu kepada Ketua Pemeriksa, dan atas rayuan itu, Ketua

Pemeriksa hendaklah menyebabkan suatu pemeriksaan semula dijalankan atas perbelanjaan orang yang terkilan itu dan selepas pemeriksaan semula itu boleh mengeluarkan atau enggan mengeluarkan suatu perakuan kelayakan.

(7)

Keputusan Ketua Pemeriksa di bawah subseksyen (6) adalah muktamad.

Kilang dan Jentera 51

(8)

Orang berlesen hendaklah mengambil khidmat hanya seseorang dengan kelayakan dan kecekapan yang ditetapkan untuk menjalankan pemeriksaan dan untuk mengeluarkan perakuan kelayakan di bawah seksyen ini.

Permohonan untuk pendaftaran

Section 36 — FACTORIES AND MACHINERY ACT 1967 | mylaw.my