Malaysia legislation

Section 38

of *AKTA KILANG DAN JENTERA 1967

Seksyen 38

(2)

Penghuni tiap-tiap kilang hendaklah menghantar kepada

Pemeriksa atau orang berlesen cabutan daripada daftar am yang dikehendaki oleh Pemeriksa atau orang berlesen itu dari semasa ke semasa bagi maksud melaksanakan kewajipannya di bawah Akta ini.

(3)

Daftar am dan tiap-tiap daftar lain atau rekod atau perakuan yang disimpan menurut Akta ini hendaklah dipelihara dan hendaklah tersedia ada bagi pemeriksaan oleh mana-mana Pemeriksa untuk sekurang-kurangnya dua tahun atau apa-apa tempoh lain sebagaimana yang ditetapkan bagi apa-apa kelas atau perihalan daftar atau rekod, selepas tarikh catatan terakhir dalam daftar atau rekod.

52 Undang-Undang Malaysia AKTA 139

(4)

Orang berlesen hendaklah hanya mempunyai akses kepada maklumat dalam daftar am dan apa-apa daftar lain atau rekod atau perakuan yang disimpan menurut Akta ini yang berkaitan dengan jentera yang berkenaan dengannya suatu perakuan kelayakan ditetapkan.

Perpindahan atau pengubahan atau penambahan kepada jentera hendaklah diluluskan

Section 38 — FACTORIES AND MACHINERY ACT 1967 | mylaw.my