Malaysia legislation
Section 40
Seksyen 40
(1A)
Semua jentera yang berkenaan dengannya suatu perakuan kelayakan ditetapkan hendaklah diperiksa oleh Pemeriksa atau orang berlesen pada tempoh tertentu dan mengikut apa-apa cara sebagaimana yang ditetapkan.
(2)
Penghuni tiap-tiap kilang dan pemunya atau orang yang mempunyai milikan terhadap mana-mana jentera hendaklah memberi
Pemeriksa segala kemudahan yang munasabah bagi pemeriksaan dan segala maklumat yang semunasabahnya dikehendaki yang berkaitan dengannya.
(2A)
Bagi maksud subseksyen (1A), penghuni tiap-tiap kilang dan pemunya atau orang yang mempunyai milikan terhadap mana-mana jentera yang berkenaan dengannya suatu perakuan kelayakan ditetapkan hendaklah memberi Pemeriksa atau orang berlesen segala
54 Undang-Undang Malaysia AKTA 139
kemudahan yang munasabah bagi pemeriksaan dan ujian dan segala maklumat yang semunasabahnya dikehendaki yang berkaitan dengan pemeriksaan itu.
(3)
Tiap-tiap jurutera dan ketua kapal korek yang menjaga mana-mana jentera dan tiap-tiap penghuni sesuatu kilang, hendaklah sebaik sahaja dia menyedari tentang apa-apa kerosakan dalam kilang itu yang mungkin menyebabkan kecederaan badan kepada mana-mana orang atau kerosakan kepada mana-mana harta, membaiki atau menghapuskan kerosakan yang dinyatakan itu, dan jika jurutera, ketua kapal korek atau penghuni itu tidak boleh membaiki atau menghapuskan kerosakan tersebut dia hendaklah berhenti mengendalikan jentera itu atau menggunakan bahagian atau bahagian-bahagian daripada kilang itu dan dengan serta-merta membuat laporan mengenainya kepada seseorang Pemeriksa.
(4)
Jika pada pendapat seseorang Pemeriksa penggunaan mana-mana bahagian daripada laluan atau tempat kerja di dalam sesuatu kilang, atau jentera, sama ada suatu perakuan kelayakan ditetapkan atau tidak ditetapkan berkenaan dengan jentera itu, mungkin menyebabkan kecederaan badan kepada mana-mana orang atau kerosakan kepada mana-mana harta, dia hendaklah melalui notis bertulis menyampaikan kepada penghuni atau jika ini tidak dapat dilaksanakan, menampalkan notis itu pada premis tempat jentera yang dimaksudkan dalam notis dipasang menghendaki kerosakan itu dibaiki atau dihapuskan dalam tempoh yang hendaklah dinyatakan olehnya dalam notis itu dan dalam tiap-tiap hal itu bahagian daripada laluan atau tempat kerja dalam kilang itu tidak boleh digunakan atau jentera itu tidak boleh dikendalikan selepas habis tempoh itu melainkan jika kerosakan itu telah dibaiki atau dihapuskan hingga memuaskan hati Pemeriksa yang dinyatakan secara bertulis:
Dengan syarat bahawa jika Pemeriksa berpendapat bahawa kerosakan itu mungkin menyebabkan bahaya serta-merta kepada nyawa atau harta, dia hendaklah melalui notis menyampaikan atau menampalkan notis itu seperti yang disebut terdahulu dengan segera melarang pengendalian dan penggunaan jentera tersebut sehingga kerosakan itu dibaiki atau dihapuskan hingga memuaskan hati
Pemeriksa yang dinyatakan secara bertulis:
Kilang dan Jentera 55
Dan dengan syarat selanjutnya bahawa Pemeriksa boleh dalam hal sedemikian menyebabkan jentera itu tidak boleh dikendalikan melalui apa-apa cara yang disifatkannya paling sesuai bagi maksud itu.
(5)
Mana-mana pemunya kilang atau penghuni boleh memohon kepada Ketua Pemeriksa untuk kelulusan bagi suatu skim pemeriksaan khas.
(6)
Ketua Pemeriksa boleh meluluskan permohonan di bawah subseksyen (5) jika dia berpuas hati bahawa kehendak yang ditetapkan yang berkenaan dengan jentera yang dipersoalkan berhubung dengan skim pemeriksaan itu telah dipenuhi.
(7)
Apabila kelulusan di bawah subseksyen (6) itu diberikan, pemeriksaan terhadap jentera itu hendaklah dijalankan mengikut skim pemeriksaan khas itu.
(8)
Mana-mana orang yang melanggar subseksyen 40(3) melakukan suatu kesalahan dan hendaklah, apabila disabitkan, boleh didenda tidak melebihi dua ratus lima puluh ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi lima tahun atau kedua-duanya.
Soalan untuk diputuskan oleh Pemeriksa dan rayuan daripada keputusan itu