Malaysia legislation

Section 58

of *AKTA KILANG DAN JENTERA 1967

Seksyen 58

Ordinan Jentera 1953 [F.M. Ord 18 of 1953] dan Ordinan

Jentera Negeri Sabah [Sabah Bab 75] dan semua peraturan yang dibuat di bawahnya dengan ini dimansuhkan:

(a)

apa-apa pelantikan yang dibuat dan apa-apa pengecualian yang diberi di bawah Ordinan yang disebut terdahulu hendaklah, setakat yang ia selaras dengan Akta ini, disifatkan telah dibuat atau diberikan

70 Undang-Undang Malaysia AKTA 139

oleh Akta ini dan jika terpakai di bawah peruntukan

Akta ini, hendaklah terus berkuat kuasa sehingga dibatalkan atau digantikan oleh apa-apa pelantikan atau pengecualian yang dibuat di bawah Akta ini;

(b)

apa-apa perakuan atau permit bertulis untuk mengendalikan mana-mana jentera yang diberikan di bawah Ordinan yang disebut terdahulu hendaklah terus sah seolah-olah ia telah diberikan di bawah Akta ini; dan jika berkenaan hendaklah berkuat kuasa bagi tempoh yang dinyatakan dalamnya:

Dengan syarat selanjutnya bahawa, berkenaan dengan Negeri

Sabah, seksyen ini tidak mempunyai kuat kuasa sehinggalah semua peruntukan Akta ini berkuat kuasa di Negeri itu.

Pindaan Jadual

Section 58 — FACTORIES AND MACHINERY ACT 1967 | mylaw.my