Malaysia legislation

Section 17

of *AKTA PERTUBUHAN PELADANG 1973

Seksyen 17

Penyelesaian pertikaian

(i)

di kalangan anggota, unit anggota, bekas anggota, bekas unit anggota dan orang yang menuntut melalui anggota, unit anggota, bekas anggota, bekas unit anggota dan anggota yang sudah mati;

(ii)

antara seorang anggota, unit anggota, bekas anggota, bekas unit anggota atau orang yang menuntut melalui seorang anggota, unit anggota, bekas anggota, bekas unit anggota atau anggota yang sudah mati dengan

Pertubuhan Peladang itu atau Jemaah Pengarahnya;

atau

(iii)

antara Pertubuhan Peladang itu dengan sesuatu

Pertubuhan Peladang yang lain;

pertikaian itu hendaklah dirujukkan kepada Pendaftar untuk keputusan.

(b)

Sesuatu tuntutan oleh mana-mana Pertubuhan Peladang kerana sesuatu hutang atau tuntutan yang kena dibayar kepadanya oleh seseorang anggota, unit anggota, bekas anggota, bekas unit anggota atau orang yang dinamakan, waris atau wakil di sisi undang-undang bagi seseorang anggota yang sudah mati atau pelikuidasi bagi sesuatu unit anggota yang dibubarkan atau sesuatu tuntutan oleh

Pertubuhan Peladang peringkat yang lebih tinggi bagi sesuatu hutang atau tuntutan yang kena dibayar oleh Pertubuhan Peladang peringkat yang lebih rendah hendaklah disifatkan sebagai suatu pertikaian yang menyentuh urusan Pertubuhan Peladang itu.

(2)

Pendaftar boleh, apabila menerima sesuatu rujukan di bawah subseksyen (1)—

(a)

memutuskan pertikaian itu sendiri; atau

Pertubuhan Peladang 21

(b)

merujukkannya untuk diselesaikan kepada penimbang tara.

(3)

Sesuatu rayuan terhadap keputusan Pendaftar atau penimbang tara di bawah subseksyen (2) hendaklah dibuat kepada Menteri dan hendaklah dibuat dalam tempoh dua bulan dari tarikh keputusan itu.

(4)

Sesuatu keputusan Menteri dalam sesuatu rayuan di bawah subseksyen (3) adalah muktamad dan tidak boleh dipersoalkan dalam mana-mana mahkamah.

(5)

Sesuatu keputusan Pendaftar atau penimbang tara di bawah subseksyen (2) atau, jika ada sesuatu rayuan terhadapnya, keputusan sebagaimana yang disahkan atau diubah oleh Menteri, hendaklah dikuatkuasakan mengikut cara yang sama seolah-olah keputusan itu ialah suatu penghakiman Mahkamah Sesyen.

Kes dinyatakan atas soal undang-undang