Malaysia legislation
Section 1
Seksyen 1
Ajaran dan fahaman yang dibawa oleh Suhaini bin Mohammad adalah sesat dan menyeleweng daripada ajaran Islam yang berlandaskan pegangan Ahli Sunnah
Wal Jamaah. Ciri-ciri penyelewengannya termasuklah—
3
(a)
menyelewengkan dua kalimah syahadah dengan—
(i)
mendakwa bahawa Nabi Muhammad SAW itu adalah tuhan; dan
(ii)
mendakwa bahawa Allah SWT adalah jawatan yang disandang oleh
Nabi Muhammad SAW;
(b)
mendakwa bahawa Nabi
Muhammad SAW tidak beranak dan tidak diperanakkan;
(c)
mendakwa bahawa semua makhluk adalah daripada Nur Muhammad yang menunjukkan bahawa tafsiran Nur Muhammad adalah satu juzuk daripada zat Allah SWT yang qadim;
(d)
mendakwa bahawa Nabi Muhammad SAW tiada jantina;
(e)
mendakwa bahawa Nabi Muhammad SAW tidak mempunyai kemaluan;
(f)
mendakwa bahawa Nabi Muhammad SAW tidak membuang air kecil;
(g)
mendakwa bahawa Nabi Muhammad SAW mendapat zuriat bukan melalui hubungan kelamin suami isteri;
(h)
mendakwa bahawa buah khuldi adalah buah zakar dan buah dada manusia;
(i)
mentafsirkan tabut adalah peti yang pernah diberikan Allah SWT kepada talut;
(j)
melakukan unsur-unsur penipuan dan penyalahgunaan tafsiran ayat al-Quran dalam Surah al-Baqarah ayat 248 untuk tujuan komersial berhubung dengan air Si Hulk, melalui laman Facebook Sohai
4
Ibnu Muhammad dan Facebook Si Hulk termasuklah kenyataan-kenyataan seperti yang berikut:
(i)
kotak Si Hulk ini adalah peti tabut yang pernah diberikan Allah SWT kepada talut sebagaimana maksud di dalam surah al-Baqarah ayat 248 yang telah diselewengkan maknanya;
(ii)
Si Hulk merupakan air hayat, iaitu air yang dicari oleh
Iskandar Zulkarnain tetapi diperoleh oleh Nabi Khidir AS menjadikan baginda mampu hidup sehingga hari kiamat.
Nabi Khidir kemudiannya membekalkannya kepada umat akhir zaman sebagai tanda ikatan menerusi jual beli dengan
Nabi Muhammad SAW melalui sanad yang tidak putus;
(iii)
Si Hulk mampu menyembuhkan pelbagai wabak penyakit zahir dan batin dan menghalang daripada sihir;
(iv)
minum air Si Hulk adalah minum air yang dibeli sendiri daripada
Nabi Muhammad SAW dan ramai ahli yang telah minum air tersebut dapat bermimpi berjumpa dengan Nabi Muhammad SAW; dan
(v)
botol Si Hulk digunakan untuk melaksanakan ritual menangkap jin ke dalam botol dengan cara berselawat ke atas
Nabi
Muhammad
SAW sambil membayangkan wajah
Suhaini bin Mohammad, wajah Sheikh Abdul Qadir al-Jailani dan wajah Nabi Muhammad SAW; dan
(k)
menjadikan hadis palsu sebagai dalil dalam perkara akidah.