Malaysia legislation
Section 1
Seksyen 1
Ajaran Asmaul Husna yang dibawa oleh Dr. Wan Maseri binti Wan Mohd ialah sesat dan menyeleweng daripada ajaran Islam yang berlandaskan pegangan
Ahli Sunnah Wal Jamaah. Ciri-ciri penyelewengannya termasuklah─
(a)
mendakwa bahawa orang Islam dalam kekafiran selepas Nabi Muhammad
SAW wafat;
(b)
mendakwa bahawa individu yang mempunyai latar belakang pengajian
Islam tidak boleh dijadikan rujukan dalam masyarakat seperti ulama, ustaz dan pelajar tahfiz kerana masih dalam kesyirikan;
(c)
mendakwa bahawa orang Islam yang lain ialah syirik sama seperti orang
Kristian, Yahudi, Buddha dan Hindu;
(d)
mendakwa bahawa lafaz dua kalimah syahadah bukanlah syarat sah keislaman dan hanya diterima selepas menghayati Asmaul Husna;
(e)
mendakwa bahawa Allah SWT berbicara melalui dirinya;
(f)
mendakwa bahawa Allah SWT melarang untuk berusaha, sebaliknya hanya menyerahkan kepada-Nya semata-mata dan perbuatan meminta ketika berdoa adalah menolak kesempurnaan Allah SWT;
(g)
mendakwa bahawa Nabi Muhammad SAW bukanlah sebagai utusan atau pesuruh Allah SWT;
(h)
mendakwa bahawa Nabi Muhammad SAW dan para anbia merupakan penzahiran daripada sifat Allah SWT;
(i)
mendakwa bahawa manusia berhubung dengan Allah SWT melalui
Nur Muhammad;
(j)
mendakwa bahawa mencintai dan memuliakan Nabi Muhammad SAW sebagai syirik;
(k)
mendakwa bahawa tidak boleh berselawat kepada Nabi Muhammad SAW dan tiada syafaat Nabi Muhammad SAW;
P.U. (B) 415 4
(l)
mendakwa bahawa Dajal, Yakjuj Makjuj dan Imam Mahdi tidak akan muncul pada akhir zaman; dan
(m)
mendakwa Allah SWT melarang untuk berdoa di Raudhah dan Baitullah.