Malaysia legislation

Section 1

of FATWA DI BAWAH SEKSYEN 34

Seksyen 1

Fahaman, ajaran, pegangan atau amalan yang dibawa oleh pemimpin, pengikut atau pekerja GISB Holdings Sdn. Bhd. dan rangkaian syarikat gabungannya adalah sesat

P.U. (B) 319 3

dan menyeleweng daripada ajaran

Islam yang berlandaskan pegangan

(a)

mengamalkan

Aurad Muhammadiah atau zikir agung pimpinan

Haji Ashaari bin Muhammad yang telah difatwakan mengandungi ajaran dan fahaman yang bertentangan dengan akidah dan syariah Islamiah serta mengelirukan masyarakat Islam sebagaimana dalam pemberitahuan

Fatwa di bawah Seksyen 41 [P.U. (B) 640/1988] yang disiarkan dalam

Warta pada 1 Disember 1988 dan menyeleweng daripada ajaran Islam sebagaimana dalam pemberitahuan Fatwa di bawah Seksyen 34

[P.U. (B) 212/2007] yang disiarkan dalam Warta pada 31 Mei 2007;

(b)

mendakwa bahawa Syeikh Muhammad al-Suhaimi sebagai Imam Mahdi;

(c)

mendakwa bahawa Haji Ashaari bin Muhammad akan muncul bersama

Syeikh Muhammad al-Suhaimi sebagai pembantunya di akhir zaman;

(d)

mendakwa bahawa Haji Ashaari bin Muhammad boleh memberi syafaat kepada pengikutnya;

(e)

mendakwa bahawa air basuhan anggota badan pemimpin dan air rendaman seperti rambut dan janggut pemimpin mempunyai berkat; dan

(f)

mengeksploitasi ekonomi ma'ash (saraan atau keperluan hidup) dengan menerapkan unsur perhambaan golongan bawahan, kanak-kanak dan wanita.

Section 1 — FATWA DI BAWAH SEKSYEN 34 | mylaw.my