Malaysia legislation
Section 2
Seksyen 2
Ahli Sunnah Wal Jamaah. Ciri-ciri penyelewengannya termasuklah—
Mana-mana orang dilarang berpegang pada, mempercayai, menyebarkan atau mengamalkan fahaman, ajaran, pegangan atau amalan yang dibawa oleh pemimpin, pengikut atau pekerja GISB Holdings Sdn. Bhd. sebagaimana yang dinyatakan dalam butiran 1. Mana-mana orang yang melakukan perkara sedemikan hendaklah bertaubat.
P.U. (B) 319 4 3.
Tiada seorang pun boleh memiliki, menyebarkan, mengedarkan, memuat naik, memuat turun, menggantungkan atau menerbitkan apa-apa poster, buku, majalah, risalah atau apa-apa bacaan lain sama ada dicetak, ditaip, ditulis tangan atau dikeluarkan dalam apa-apa bentuk keluaran atau ulangannya, termasuklah filem, audio visual, rakaman laman sesawang, media cetak atau media elektronik yang mengandungi ciri-ciri ajaran sebagaimana yang dinyatakan dalam butiran 1.