Malaysia legislation

Section 2

of FATWA DI BAWAH SEKSYEN 36

Seksyen 2

Seseorang itu sudah diiktiraf sebagai orang Islam jika menepati

Rukun Iman dan Rukun Islam. Dari itu adalah salah dan tidak berhak bagi mana-mana pihak menambah apa-apa syarat bagi menentukan keislaman seseorang itu. Fahaman sedemikian adalah salah di sisi Islam. Oleh itu sesiapa yang menganut mengajar, menyeru, menyebar dan lain-lain cara sebaran akan fahaman tersebut maka perbuatan sedemikian termasuk dalam perbuatan menyebar ajaran salah atau menyeleweng.

Section 2 — FATWA DI BAWAH SEKSYEN 36 | mylaw.my