Malaysia legislation

Section 4

of FATWA DI BAWAH SEKSYEN 36

Seksyen 4

Mana-mana orang Islam atau kumpulan yang berpegang kepada ajaran dan fahaman-fahaman tersebut adalah dilarang sama sekali kerana ia bercanggah dengan pegangan Ahli Sunnah Wal Jama’ah—

(a)

untuk mengajar, mempelajari, mengamalkan, berpegang kepada atau menyebarkan ajaran dan fahaman-fahaman yang terkandung dalam Ajaran dan Fahaman Perjalanan 21 Laduni

Rahmatullah (Ajaran Ismail bin Harun);

(b)

untuk menerbitkan apa-apa bentuk, versi atau variasinya atau apa-apa terjemahannya dalam apa-apa bahasa atau apa-apa bahan publisiti atau atas apa-apa bahan, sama ada bahan cetak atau elektronik atau selainnya atau melalui apa-apa media, atau apa-apa kaedah yang boleh membawa kepada penyebaran ajaran-ajaran tersebut; atau

(c)

untuk menjadi anggota atau memimpin mana-mana golongan ajaran atau fahaman atau membantu dalam menghidupkan atau mengembangkan kumpulan sedemikian.

Section 4 — FATWA DI BAWAH SEKSYEN 36 | mylaw.my