Malaysia legislation
Section 2
Seksyen 2
Anak Melepasi Tempoh Susuan
(i)
Jika anak melepasi tempoh susuan tetapi belum mumaiyiz, maka hak hadhanah diserahkan kepada sesiapa yang lebih dapat memberikan syafaqah yang boleh dirujuk kepada latar belakang kedua-dua belah pihak.
(ii)
jika anak telah mumaiyiz maka dia berhak membuat pilihannya.
Melainkan jika dapat dibuktikan pemilihannya itu akan membawa mudharat kepada kehidupan dunianya.