Malaysia legislation
Section 10
Seksyen 10
Ajaran ini mengandungi penyelewengan dari sudut Aqidah dan Syariah serta perlu dihalang kerana ia membawa kekeliruan kepada masyarakat, berdasarkan kaedah sadd al-zara‘i. Pendekatan yang dibawa juga bercanggah dengan pendekatan ulama yang menyatakan bahawa kaedah untuk mengenal Allah S.W.T. mestilah mengikut tahap kemampuan akal manusia. Oleh yang demikian, mana-mana orang Islam yang telah mempelajari dan mengamalkan ajaran Muhamad bin Othman (Tok Mat
Janggut) di mana-mana jua berada hendaklah meninggalkannya dan segera bertaubat serta memohon keampunan daripada Allah S.W.T.
Dibuat 10 Disember 2015
Dengan Titah Perintah dato’ dr. wan salim bin wan mohd. noor
Pengerusi Jawatankuasa Fatwa
Pulau Pinang
480
[21hb Julai 2016
Fatwa under section 48